suria

Dua beranak didakwa dera bibik dengan seterika panas, tukul... Tuduh mangsa pemalas

Seorang wanita Indonesia mendakwa didera oleh majikannya. -Gambar hiasan

SEORANG wanita dan anak perempuannya ditahan di Ampang Jaya, Kuala Lumpur kerana didakwa mendera pembantu rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa, warga Indonesia berusia 25 tahun melarikan diri daripada majikannya dengan bantuan orang ramai.

Dia melaporkan pengalaman pahitnya kepada polis pada 13 Oktober 2024, mendakwa diri didera dengan seterika panas dan tukul.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik ditahan bantu kes dera, serangan seksual 4 rakan pusat tahfiz

Motif kejadian disebabkan majikan menuduh mangsa malas dan melanggar arahan dalam pekerjaan.

Dua wanita itu ditahan pada 14 Oktober 2024 di Taman Putra Sulaiman.

Dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan telah dibebaskan dengan jaminan sehingga siasatan selesai. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain