suria

Gatal tangan... Warga asing patahkan pengilap cermin terima padah

Warga asing ditahan selepas perbuatan mematahkan pengilap cermin tular di media sosial.

SEORANG lelaki warga asing ditahan polis selepas didapati mematahkan pengilap cermin beberapa kenderaan milik orang awam yang diparkir di Terminal Bas Batu Pahat, Johor pada Ahad.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan selepas perbuatannya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, berdasarkan rakaman video terbabit, kejadian itu berlaku pada pukul 3.30 petang.

"Bertindak atas maklumat yang diperoleh, polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berjaya menahan suspek pada hari sama untuk siasatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek disamun, dirogol ketika sedang tunggu lif! Polis tahan suspek warga asing

ARTIKEL BERKAITAN: Warga asing antara lima suspek ditahan, polis dedah motif penculikan mangsa

"Polis turut menemukan pisau lipat dalam beg sandang milik suspek semasa tangkapan dilakukan.

"Susulan itu, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Shahrulanuar berkata, tiga kertas siasatan dibuka membabitkan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Tambah beliau, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berikut

Artikel Lain