suria

Seterika tekap dada pegawai kadet UPNM dirampas polis

Kes buli melibatkan seorang penuntut UPNM heboh diperkatakan sejak minggu lalu. -Gambar hiasan

SETERIKA yang dipercayai digunakan untuk mencederakan seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), sudah dirampas oleh polis.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa sambil menambah, rampasan dilakukan untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Polis telah merampas seterika yang dipercayai digunakan terhadap mangsa.

"Setakat ini seramai 16 individu telah direkod percakapan termasuk pengadu, suspek, pegawai kadet yang lain, staf, jurulatih dan pegawai perubatan," katanya, Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai kadet ditekap seterika, polis rekod keterangan suspek kes buli UPNM

Polis sebelum ini mengesahkan mangsa ditekap seterika pada bahagian dada ketika disuruh menggosok baju kerja milik seniornya, dalam kejadian di bilik asrama universiti berkenaan, 22 Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, laporan berkaitan kejadian berkenaan dibuat mangsa yang berusia 20 tahun pada Jumaat.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut mengesahkan kejadian buli melibatkan mangsa seperti yang tular di media sosial berkata, pihaknya juga sedang menyiasat kes tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain