suria

Lepas 5 bulan, juruiring kenamaan pukul pemandu OKU didakwa di mahkamah hari ini

Seorang pemandu OKU mendakwa dipukul oleh juruiring kenamaan pada 28 Mei lalu.

JURUIRING kepada orang kenamaan yang didakwa memukul seorang pemandu e-hailing akan dihadapkan ke mahkamah pada pagi Isnin.

Lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan kes pemandu OKU dipukul pengiring VIP selesai, 12 individu sudah beri keterangan

Media sebelum ini melaporkan seorang pemandu OKU mendakwa dipukul seorang pengiring keselamatan bagi rombongan kenamaan pada 28 Mei lalu.

Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala ketika diminta untuk mengalihkan kenderaannya.

Pada 5 Jun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata 12 individu direkodkan kenyataan mereka berhubung perkara itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain