suria

Bas persiaran rempuh treler, 4 termasuk kanak-kanak cedera

Seorang kanak-kanak turut cedera dalam kemalangan itu.

SERAMAI 41 penumpang berdepan detik cemas apabila bas persiaran yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gopeng.

Dalam kejadian pada awal pagi Sabtu, empat penumpang iaitu tiga wanita dan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada pukul 4.03 pagi, Sabtu.

“Bas tersebut membawa penumpang dari Melaka menuju ke Kedah.

"Terdapat 33 wanita, tiga lelaki dan lima kanak-kanak menaiki bas berkenaan,” katanya.

Pemandu treler tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selain itu, tiada individu terperangkap di dalam bas dan kesemua penumpang berjaya dibawa keluar.

“Mangsa menerima rawatan awal, dan kemudiannya dihantar ke hospital terdekat,” tambahnya. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan