suria

Banjir kilat Lembah Klang dan Selangor: Kereta terkandas, sekolah terjejas dinaiki air

Laluan di Batu Tiga dan Bukit Jelutong, Shah Alam yang dinaiki air akibat banjir kilat pada pagi Selasa.

INSIDEN hujan lebat yang berlaku sejak awal pagi Selasa menyebabkan beberapa laluan dan kawasan sekitar Selangor serta Lembah Klang dilanda banjir kilat.

Situasi tersebut sekali gus menyebabkan kesesakan yang luar biasa memandangkan banyak kenderaan terkandas akibat laluan dinaiki air.

banjir 3

Kawasan di Klang yang turut terjejas.

Orang ramai turut berkongsi situasi banjir kilat di media sosial sebagai amaran dan peringatan bersama.

Antara kawasan yang terjejas agak teruk adalah kawasan Batu Tiga (Shah Alam), Persiaran Jubli Perak (Shah Alam), Bukit Jelutong (Shah Alam), Kapar dan Bukit Raja (Klang), Pasar Borong Klang (Klang), beberapa kawasan di Lebuhraya Grandsepadu dan Sungai Penchala.

ARTIKEL BERKAITAN: Lubang benam di laluan kecemasan Lebuhraya NKVE, separuh lorong kiri turut ditutup - PLUS

Sementara itu, sebuah sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Klang turut dinaiki air sehingga paras lutut menyebabkan gangguan kepada aktiviti pembelajaran dan kesukaran pergerakan pelajar.

banjir 2

SK Batu Belah dinaiki air separas lutut.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan Monsun Timur Laut atau lebih dikenali musim tengkujuh diramal berterusan sehingga Mac 2025.

Ketua pengarah MetMalaysia memaklumkan sekiranya hujan lebat berterusan serentak dengan air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem.

Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta peka dengan maklumat, nasihat dan ramalan cuaca melalui met.gov.my, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan