suria

Jofliam bangga jadi Anak Malaysia, nafi lari bayar cukai... Minta jangan tengok wang masuk saja, kira duit keluar juga

Jofliam dikenali ramai dengan perniagaan piza miliknya.

USAHAWAN, Jofliam akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan dirinya tidak membayar cukai pendapatan.

Menafikan dakwaan tersebut, menurut Jofliam, dia mempunyai setiausaha syarikat yang diamanahkan untuk menguruskan hal percukaian sejak 2020.

"Saya ada company secretary yang menguruskan cukai saya sejak 2020.

"Saya tidak pernah lari cukai. Saya sudah selesai cukai dari 2022, 2021 dan ke bawah.

"2023 perlu diselesaikan tahun 2024 dan 2024 belum tamat. Pengiraan masih berjalan sebab perniagaan berdasarkan event," jelasnya menerusi Instagram Story pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Jualan piza didakwa cecah RM600,000 sebulan, urus niaga bisnes 100 peratus cash... Cik Epal gesa LHDN siasat Jofliam

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal dapat hak jagaan penuh Han dan Yuki, sedia berjiran dengan Jofliam - “Asalkan anak-anak ada ayah walau aku dibuang”

Sehubungan itu, Jofliam meminta semua pihak agar tidak hanya melihat jualan piza yang diraihnya semata-mata.

"Jangan kira duit masuk (saja), kira duit keluar sama guys," ujarnya lagi.

Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata sepanjang sedekad melayari rumah tangga.

Susulan itu, Jofliam akan berjumpa dengan setiausaha syarikat berhubung isu berkaitan percukaian.

"Esok saya akan ke company secretary saya untuk menjelaskan situasi yang tidak betul.

"Saya adalah manusia berpatriotik dan 'Saya Anak Malaysia'. Saya bangga 'Saya Anak Malaysia'," katanya lagi menerusi hantaran tersebut.

Terdahulu, dilaporkan bekas isteri Jofliam yang juga pempengaruh dan usahawan, Cik Epal meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat perniagaan piza diusahakannya.

Cik Epal berkata, LHDN perlu menyiasat perniagaan itu yang mana urusan jual belinya didakwa dijalankan 100 peratus melalui transaksi tunai.

"Income tax aku clean. Cuma ada orang tu perniagaan dia ambil cash. Tu faham-faham je la orang tu punya income tax bersih ke tidak.

"Pihak berkenaan, bolehlah pantau orang yang ambil cash 100 peratus tu," dakwanya menerusi Instagram Story pada Jumaat lalu.

Dalam hantaran berasingan, Cik Epal mendakwa bekas suaminya meraih pendapatan kira-kira RM600,000 sebulan.

Untuk rekod, mStar pada 9 Oktober lalu melaporkan Cik Epal dan Jofliam bercerai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini memiliki sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan