suria

Gempar mayat wanita ditemukan, 3 tahun anak simpan dalam peti sejuk

Mayat seorang wanita dipercayai disimpan di dalam peti sejuk.

POLIS menemukan mayat seorang wanita, dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dan disimpan di dalam peti sejuk beku.

Penemuan mayat itu dibuat di sebuah rumah di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Selasa.

Difahamkan, anak lelaki mangsa sebelum itu menghubungi polis bagi melaporkan mengenai tindakannya.

Turut dilaporkan mayat wanita itu disimpan di dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat ibu dalam peti sejuk beku: Polis klasifikasi kes bunuh, anak mangsa ditahan

Menurut sumber, berdasarkan maklumat awal, suspek turut berdiri bersebelahan peti sejuk beku tersebut ketika polis tiba di lokasi kejadian

Pada masa ini sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu bahawa kes tersebut masih dalam siasatan polis. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan