suria

Mayat ibu dalam peti sejuk beku: Polis klasifikasi kes bunuh, anak mangsa ditahan

Mayat seorang wanita ditemukan dalam sebuah peti sejuk beku. Foto Sinar Harian

SEORANG lelaki berusia 53 tahun ditahan berhubung kes pembunuhan seorang wanita warga emas yang mana mayatnya ditemukan dalam peti sejuk beku di Taman OUG di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan pada pukul 8.48 pagi Selasa.

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

ARTILEL BERKAITAN: Gempar mayat wanita ditemukan, 3 tahun anak simpan dalam peti sejuk

"Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, dilaporkan seorang wanita dipercayai dibunuh oleh anaknya tiga tahun lalu dan mayat mangsa disimpan dalam peti sejuk beku.

Suspek kemudian menghubungi polis dan memaklumkan mengenai mayat tersebut.

Sumber berkata, suspek turut berdiri bersebelahan peti sejuk beku tersebut ketika polis tiba di lokasi kejadian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan