suria

[V] Banyak syarikat tolak permintaan, hajat bawa anak OKU naik parasailing tertunai di Langkawi... Orang baik siap belanja jet ski ‘ride’

SETIAP ibu bapa pasti mahu melakukan yang terbaik untuk menggembirakan anak mereka.

Begitu juga Mohd Radi Faissal Mohd Rosdi dan isterinya, Norfazilawati Abdul Wahab yang berjaya mencipta memori manis dengan membawa anak istimewa mereka melakukan aktiviti parasailing.

Video yang dikongsikan di TikTok memaparkan Mohd Radi bersama anak istimewanya, Muhammad Riyadh Irfan, 16, yang menghidap Cerebral Palsy melakukan sukan air itu mengundang perhatian ramai sehingga meraih lebih 273,000 jumlah tontonan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum, malah terharu melihat kasih ibu bapa terhadap anak istimewa mereka.

Berkongsi cerita dengan mStar, Norfazilawati berkata keinginan untuk membawa anak sulungnya yang manja dengan gelaran Abang Iki menaiki parasailing sudah lama dipendam, iaitu sejak melihat video dari luar negara memaparkan individu yang juga menghidap Cerebral Palsy melakukan aktiviti tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar OKU tamat pengajian selepas 7 tahun, ibu di Sabah bersara awal pindah ke Kedah demi jaga anak

ARTIKEL BERKAITAN: Periksa selalu gagal tapi pemuda autisme ini tak putus asa, tetap mahu bergelar doktor... paling utama nak cari penawar penyakitnya !

"Saya dah lama survey parasailing untuk Cerebral Palsy sebelum kami sekeluarga ke Langkawi lagi. Saya cuba cari, memang belum ada Orang Kurang Upaya (OKU) berkerusi roda pernah buat parasailing.

"Pernah contact beberapa watersport company, saya siap beritahu lengkap kondisi Abang Iki berdasarkan video orang OKU luar negara tu.

"Tapi ada senyap tanpa jawapan, dan banyak jawab tak boleh buat. Sedih juga sebab rasa macam tak ada rezeki Abang Iki naik.

"Tapi saya anggap mungkin mereka ketiadaan expertise yang nak handle OKU macam anak kami," ujar wanita berusia 43 tahun ini.

iki 4

Abang Iki akhirnya berpeluang melakukan aktiviti parasailing sambil ditemani bapanya.

Namun siapa sangka, percutian ke Langkawi pada awal bulan ini rupa-rupanya mencipta kenangan paling manis buat mereka sekeluarga apabila dapat merealisasikan impian untuk membawa Abang Iki melakukan parasailing.

"Kebetulan anak saya yang kedua ada kejohanan bola. Selepas habis tournament, kami sambung percutian dengan menginap di Malibest Resort dekat Pantai Cenang.

"Ada watersport company betul-betul depan resort kami. Saya cuba nasib bertanya, siap explain keadaan anak... tak sangka staf di situ terus beri jawapan 'boleh' tanpa lihat Abang Iki pun.

"Petang tu akhirnya dapat Abang Iki buat parasailing ditemani suami saya. Abang Iki memang happy sangat.

"Lepas selesai parasailing, pemilik watersport company iaitu Pak Yus siap offer aktiviti jet ski beserta rakaman dron secara percuma untuk Abang Iki. Pak Yus dan semua staf sangat baik dan membantu, tak sangka rezeki kami jumpa orang baik," ujarnya.

iki 2

Aktiviti menunggang jet ski yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat sukan air milik Pak Yus.

Sementara itu menurut Mohd Radi, perkongsian yang dibuat di laman sosial bukan sekadar untuk mengabadikan kenangan manis buat tatapan masa depan, tetapi juga menghantar mesej kepada ibu bapa agar menghargai setiap saat bersama keluarga serta melayani anak-anak sama rata.

"Content kami di TikTok juga sebenarnya bertujuan untuk menyebarkan awareness serta educate masyarakat mengenai insan OKU.

"Tak sangka, video tersebut meraih perhatian luar biasa malah ramai terkejut insan OKU yang berkerusi roda macam anak saya mampu buat aktiviti parasailing serta jet ski.

"Ada yang lepas tengok video tu, mereka pun terinspirasi nak buat perkara sama," ujarnya yang menetap di Meru, Klang.

Ramai terkejut insan OKU yang berkerusi roda macam anak saya mampu buat aktiviti parasailing serta jet ski.

MOHD RADI FAISSAL

Berkongsi serba sedikit mengenai Abang Iki, Mohd Radi berkata anak sulung daripada tiga beradik itu menghidap Cerebral Palsy akibat kemalangan dialami ketika berusia tujuh bulan.

"Saya dan isteri sebelum ini masing-masing bekerja. Kami hantar Abang Iki ke pusat asuhan anak-anak istimewa. Tapi satu hari, Abang Iki lemah je bila saya ambil... rupanya dia kelaparan. Kita tak boleh expect orang lain jaga anak kita macam kita yang jaga.

iki 3

Aktiviti wajib di Langkawi iaitu menaiki kereta kabel.

"Itulah turning point saya dan isteri yang membuatkan kami fikir, kami nak fokus anak. Kemudian kami selalu share di media sosial tentang equipment yang kami gunakan untuk jaga Abang Iki.

"Tak sangka ramai yang tanya dan berminat. Bertitik tolak daripada itu, kami bangunkan bisnes equipment dan rehab untuk bantu ibu bapa yang ada anak-anak istimewa.

"Akhirnya kami berdua berhenti kerja untuk fokus anak dan bisnes ini. Bukan berpaksikan keuntungan tapi lebih kepada nak bantu ibu bapa yang ada anak-anak istimewa," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan