suria

Penjual donat susu minta pengikut lupakan tagline 'berayaq', mahu anjur program solat subuh berjemaah pula

Peniaga donat susu ini memohon pengikutnya tidak lagi menyebut perkataan 'berayaq'.

SELEPAS teruk dikecam gara-gara teknik pemasaran kurang sopan dan memohon maaf, pengusaha donat susu dengan tagline 'berayaq' berhasrat menganjurkan program solat subuh berjemaah.

Berdasarkan sedutan video yang dikongsi di media sosial, peniaga lelaki itu melahirkan hasrat berkenaan dalam usaha memperbaiki diri dan kekhilafannya sebelum ini.

Malah, dia juga menyarankan pengikutnya terutama dalam kalangan golongan muda untuk sentiasa berselawat serta berzikir.

Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat. - Gambar hiasan

Solat berjemaah lebih digalakkan daripada solat bersendirian. -Gambar hiasan

"Bukan abang nak main isu agama, abang nak adik tunjuk kepada cikgu, kawan, mak ayah bahawa ada perkara baik yang adik follow (ikut) dari abang.

"InsyaAllah suatu hari ada rezeki, abang bersama rakan nak buat subuh berjemaah untuk adik-adik semua. Dekat masjid mana nanti kami akan maklum. Kita akan sama-sama merancakkan suasana islamik itu," katanya.

Peniaga berkenaan juga menjelaskan dia tidak jahil agama seperti dakwaan yang dilemparkan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha donat ‘berayaq’ angkat bendera putih, dakwa disuruh buat ‘content’ sebut cirit - “Maaf, bukan idea kami”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jijiknya marketing macam ni” - Tagline ‘berayaq’ dengan aksi lucah promosi bisnes donat undang kemarahan, MCMC beri respons

"Kami bukan jahil. Lillahi Ta'ala. Kalau orang itu tak tahu agama dia tak kan tahu serba serbi berkaitan agama. Kami tahu serba serbi agama, kami minta maaf mengenai perkara sebelum-sebelum ini.

"Kami minta maaf, jangan anggap kami minta maaf tak ikhlas. Jangan sebut dah perkataan 'berayaq' tu. Abang faham hangpa bergurau, melawak tetapi dalam melawak tu orang salah tafsir.

"Jangan cakap dah ('berayaq') lepas ni cakap ja Subhanallah. Abang bukan sindir tetapi nak kita buat pahala," katanya.

Peniaga ini popular dengan tagline 'berayaq' kita menjual donat susu.

Peniaga ini dikenali dengan tagline 'berayaq' kita menjual donat susu.

mStar sebelum ini melaporkan kebimbangan orang ramai terhadap teknik pemasaran yang dibuat peniaga berkenaan kerana dikhuatiri memberi impak negatif khususnya kepada golongan muda.

Paling menjijikkan apabila pengguna media sosial turut disajikan dengan video tular aksi peniaga berkenaan menyebut perkataan 'cirit' sambil menonggek ketika mempromosikan makanan yang dijualnya.

Lepas ni cakap ja Subhanallah. Abang bukan sindir tetapi nak kita buat pahala.

PENIAGA DONAT SUSU VIRAL

Susulan itu, peniaga terbabit akhirnya tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan penggunaan perkataan 'cirit' dalam video tular itu adalah atas arahan pihak tertentu.

Selain permohonan maaf, peniaga terbabit turut menukar nama akaun TikTok yang sebelum ini dikenali sebagai 'berayaq donat susu' kepada 'bertanah donat susu'.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan