BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada pagi Rabu. Daim, 86, meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Datuk Gurdial Singh Nijar ketika dihubungi mStar. Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur. Untuk rekod, Daim pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Daim pertama kali memegang jawatan itu pada tahun 1984 hingga 1991. Daim kemudiannya kembali bergelar Menteri Kewangan pada 1999 hingga 2001. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube