suria

Tak sia-sia PM ke Mesir, bakal jana RM4.8 bilion potensi eksport

Anwar diiringi Tengku Zafrul dan Mohamad Hasan dalam lawatan rasminya ke Mesir.

LAWATAN rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir berjaya mengukuhkan hubungan dua hala, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion untuk Malaysia.

Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz serta Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam lawatan itu yang berlangsung pada 10 hingga 12 November.

Menurut Tengku Zafrul, Miti juga yakin hubungan dua hala itu akan terus berkembang dan memberi impak positif terhadap Malaysia pada masa depan.

"Dengan potensi eksport sebanyak RM4.8 bilion dari Malaysia, serta pelbagai inisiatif lain untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Mesir, Miti yakin hubungan dua hala ini akan terus berkembang.

"Ia sekali gus memberikan impak positif kepada ekonomi dan pencapaian objektif Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) menjelang 2030.

"Miti serta agensinya akan mengambil tindakan susulan bagi memastikan kesemua inisiatif yang dipersetujui akan dilaksanakan dengan kadar segera," ujar Tengku Zafrul.

Dalam pada itu, Miti menerusi satu kenyataan berkata potensi eksport tersebut diraih melalui, antara lain, Mesyuarat Meja Bulat yang disusun kementeriannya.

"Mesyuarat tersebut dihadiri kira-kira 60 pemimpin industri dan perniagaan dari 47 syarikat serta persatuan perniagaan utama di Mesir, bersama 40 wakil dari 20 syarikat Malaysia yang menyertai delegasi perniagaan.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika melawat bangunan asrama Wisma Seri Mutiara di Kaherah Mesir pada 10 November 2024. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana MenteriNO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - AFIQ HAMB

Tengku Zafrul yakin hubungan dua hala itu akan terus berkembang dan memberi impak positif terhadap Malaysia.

"Sepanjang sesi ini, perbincangan produktif antara syarikat-syarikat Malaysia dan Mesir menghasilkan potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (USD1.1 bilion), terutama dalam sektor bernilai tinggi seperti automotif, kimia, oleokimia dan tenaga boleh baharu.

"Selain itu, syarikat-syarikat Mesir turut menunjukkan minat untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia, terutamanya dalam sektor peranti perubatan dan farmaseutikal," menurut kenyataan itu.

Semasa mesyuarat dua hala antara Menteri Miti dengan Menteri Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa Republik Arab Mesir, Hassan El Khatib, kedua-dua Menteri juga bersetuju supaya Jawatankuasa Bersama Perdagangan dan Pelaburan (Joint Trade and Investment Committee - JTIC) Malaysia-Mesir diaktifkan semula.

Malah, Malaysia bersetuju menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat JTIC Ke-2 pada awal tahun 2025.

Kedua-dua menteri juga bersetuju supaya Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan General Authority for Investment & Free Zones (GAFI) menandatangani memorandum persefahaman bagi memperkukuhkan hubungan serta promosi pelaburan dua hala Malaysia-Mesir.

Sehingga kini, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Mesir bagi tempoh Januari hingga September 2024 menunjukkan peningkatan sebanyak 21.4 peratus kepada RM3.0 bilion (USD648.0 juta), berbanding RM2.4 bilion (USD545.5 juta) bagi tempoh yang sama pada 2023.

Pada tahun 2023, Mesir merupakan rakan dagang ke-5 terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Afrika.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain