suria

Tiga nyaris maut... Pemandu lori rempuh 11 kereta, sebuah motosikal

Antara kenderaan yang terlibat dalam nahas di MRR2.

TIGA individu nyaris maut selepas terbabit dalam kemalangan apabila sebuah lori merempuh 11 kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kuala Lumpur, pada petang Ahad.

Ketiga-tiga mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubunh kejadian, pada pukul 3.09 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontena jatuh treler, hempap pemandu wanita di simpang lampu isyarat

"Lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang diarahkan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan itu melibatkan sebuah lori lima tan, yang merempuh 11 buah kereta dan sebuah motosikal," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ahmad Mukhlis berkata, akibat rempuhan tersebut, tiga mangsa yang berusia antara 43 hingga 65 tahun mengalami kecederaan ringan.

"Semua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain