suria

Tunku Azizah umum ‘back to school’, netizen sempat bergurau jangan hantar ‘assignment’ saat akhir

Tunku Azizah menunjukkan kad pintar UIAM tertera namanya.

UMUR bukan penghalang untuk seseorang menuntut ilmu.

Demikian juga dengan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang kini bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Perkara tersebut dikongsikan Tunku Azizah, 64, menerusi akaun rasmi TikTok baginda @cmspahang pada Ahad.

"Back to school, doakan saya," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Azizah sakan memborong, siap selak bawah meja cari stok Tupperware! Peniaga booth menggigil tengok, risau tersalah cakap

Bersama perkongsian tersebut, baginda turut memuat naik beberapa keping gambar termasuk foto kad pintar UIAM tertera namanya.

Dalam masa yang sama, UIAM turut berkongsi hantaran Tunku Azizah mengenai berita berkenaan di laman Facebooknya.

azizah 2

Tunku Azizah kini bergelar mahasiswa UIAM.

Ternyata, perkongsian Tunku Azizah mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya teruja baginda melanjutkan pengajian.

Selain ramai yang mengucapkan tahniah dan menyuarakan rasa tidak sabar untuk bertemu secara 'live' di institusi berkenaan, ada yang meninggalkan komen gurauan.

"Nak apply course sama dengan Tuanku lah macam ni.

"Jangan submit assignment last minute Tuanku.

"Jangan jadi free rider Tuanku... markah semua sama," demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, Tunku Azizah sebelum ini dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan UIAM bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari lalu hingga 30 Januari 2029.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan