SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Jalan Batu Kawa, Kuching, Sarawak pada awal pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya menerima Laporan berhubung kejadian pada pukul 5.30 pagi. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. Mohd Irwan Hafiz berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. ARTIKEL BERKAITAN: Gempar wanita maut jatuh bangunan dekat pusat beli-belah Menurutnya, mangsa tinggal bersama keluarganya di tingkat 12 pangsapuri berkenaan. Difahamkan, ibu bapa mangsa menyedari kehilangannya pada awal pagi dan cuba menghubungi telefonnya, namun tiada jawapan. Polis kemudian tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak pada pukul 8.27 pagi untuk Tindakan lanjut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube