suria

Tragedi pulang dari sekolah... Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api ketika lintas landasan

Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian dua beranak digilis kereta api. -Foto Bomba Sabah

SEORANG wanita maut manakala anak lelakinya cedera parah digilis kereta api ketika melintas landasan berhampiran Kampung Petagas, Putatan, Sabah pada Selasa.

Mangsa yang berusia 41 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya yang berusia 11 tahun putus kaki kanan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Difahamkan, mangsa sebelum itu berjalan kaki menjemput anaknya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas untuk pulang ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Myvi mabuk langgar lampu merah, gilis kaki pelajar direman

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memberitahu, ketika kejadian kereta api terbabit sedang bergerak dari arah Putatan ke Kota Kinabalu.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.58 tengah hari.

Tambahnya lagi, pasukan bomba melakukan pembersihan di lokasi kejadian dan mengeluarkan mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain