SEORANG lelaki berusia 53 tahun didakwa atas tuduhan membunuh ibunya dalam kejadian tiga tahun lalu. Tertuduh, N Deanesh yang merupakan paderi, didakwa membunuh ibunya, Catherine Daniel, 77, di sebuah rumah di Taman OUG, Kuala Lumpur. Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 21 Mac dan 26 Mac 2021. ARTIKEL BERKAITAN: Gempar mayat wanita ditemukan, 3 tahun anak simpan dalam peti sejuk ARTIKEL BERKAITAN: Mayat ibu dalam peti sejuk beku: Polis klasifikasi kes bunuh, anak mangsa ditahan Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan. Tertuduh yang duduk menggunakan kerusi roda di mahkamah, berkata dia memahami pertuduhan itu. “Faham,” katanya selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes pembunuhan adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Terdahulu, Majistret Atiqah menetapkan 7 Februari 2025, untuk sebutan semula kes. Media sebelum ini melaporkan mengenai mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh anaknya dan disumbat ke dalam peti sejuk selama tiga tahun. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube