PENGASAS platform e-dagang Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis ini. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. "Ya, mereka akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur," katanya kepada Sinar Harian dipetik sebagai berkata pada Selasa. Azam menambah, pasangan itu akan hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi Khamis ini. ARTIKEL BERKAITAN: Vivy Yusof, suami tiba di pejabat SPRM bantu siasatan kerugian RM43.9 juta pelaburan FashionValet ARTIKEL BERKAITAN: SPRM geledah rumah Vivy Yusof... Sita 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah Difahamkan, pertuduhan itu berkaitan dengan kerugian pelaburan membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet, berjumlah RM43.9 juta. Khamis lalu, SPRM mengumumkan bahawa kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan tersebut sudah dilengkapkan dan diserahkan kepada Bahagian Perundangan SPRM untuk semakan dan pertimbangan. Terdahulu, SPRM mengesan beberapa transaksi yang mencurigakan semasa siasatan terhadap kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube