suria

Doktor rakyat Malaysia, dipercayai adik individu ternama dihukum penjara... Dera remaja secara seksual di Dublin

Seorang rakyat Malaysia dipenjara atas kesalahan pengantunan dan penderaan seksual di Ireland. -Gambar hiasan

SEORANG pakar psikiatri kanak-kanak dari Malaysia yang melakukan pengantunan dan penderaan seksual terhadap seorang remaja perempuan di Ireland didapati bersalah dan dipenjarakan selama lapan tahun, enam bulan.

Amirul Arif Mohd Yunos, 38, beralamat di Hollystown, Dublin 15, bekerja di pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja (CAMHS) di Clonskeagh, Dublin pada masa kesalahan itu dilakukan tahun lepas, menurut mahkamah yang bersidang di ibu negara Ireland itu.

Menurut laporan, mangsa bukan pesakitnya secara rasmi, tetapi Amirul Arif dikenali oleh ibu bapa mangsa yang meminta dia terlibat dengan anak perempuan mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.

Kejadian pertama berlaku ketika gadis itu berusia 15 tahun dan ia terjadi beberapa kali sehinggalah terakhir pada September tahun lalu.

Amirul Arif mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak bawah 17 tahun, satu pertuduhan eksploitasi seksual kanak-kanak dan satu pertuduhan bertemu kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi seksual.

Dia tidak mempunyai sabitan terdahulu dan telah berada dalam tahanan berhubung kesalahan ini sejak 14 bulan lalu.

Mahkamah diberitahu remaja itu yang kini berusia 17 tahun mengalami tekanan mental yang ketara dan berterusan akibat kejadian berkenaan.

Despite the growing awareness about family violence, there is still a high prevalence of violence against women in Malaysia and across the world, often at the hands of men close to them.  – 123rf.com

Kanak-kanak yang menjadi mangsa dera berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

Penderaan seksual itu bermula dengan sentuhan yang tidak wajar, sebelum ia berlarutan kepada seks oral dan penetrasi pada kemaluan mangsa.

Kejadian itu berlaku di beberapa lokasi termasuk di dalam kereta, di rumahnya dan di tempat kerjanya.

Dalam kenyataan mangsa yang dibacakan kepada mahkamah oleh peguam pendakwa Derek Cooney BL, gadis itu berkata perbuatan tersebut menyebabkan dia mengalami "trauma yang teruk dan menyakitkan".

Mangsa bagaimanapun berkata dia menyalahkan dirinya sendiri kerana merasakan dia turut "mendorong" berlakunya kejadian itu dan "layak menerima" akibatnya.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa berkata dia akan selama-lamanya berasa ragu terhadap niat orang yang ingin membantunya.

Hakim Orla Crowe berkata ia adalah "perkara yang sangat serius" dan kenyataan mangsa memberi kesan berterusan akibat perbuatan berkenaan.

Justeru, Crowe memutuskan tertuduh wajar menerima hukuman iaitu penjara lapan tahun setengah, bermula dari tarikh dia ditahan

Bercakap kepada ibu bapa gadis itu yang hadir di mahkamah, hakim turut menyampaikan ucapan selamat untuk masa depan keluarga berkenaan.

Difahamkan, pelaku adalah adik kepada individu berpengaruh di Malaysia. - The Irish Time.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain