PEMANDU peribadi kepada seorang penjawat awam wanita direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka bagi membantu siasatan dakwaan melakukan hubungan seks songsang dengan suami majikannya.
Perintah reman yang bermula pada Isnin, 9 Disember itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan seks di luar tabii.
Difahamkan suspek melakukan perbuatan itu bersama suami majikannya berusia 47 tahun yang merupakan seorang pegawai kerajaan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah majikan di Merlimau, Jasin, kira-kira pukul 5 petang, awal Ogos lalu.
Hubungan songsang mereka terbongkar apabila polis menemukan rakaman aksi seks luar tabii di dalam telefon bimbit penjawat awam terbabit.
Susulan itu, polis menahan suspek pada Rabu, 4 Disember. - The Star
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube