PENDUDUK daerah Machang di Kelantan gempar apabila mendengar bunyi yang kuat dan merasai gegaran pada awal pagi Sabtu.
Punca bunyi dan gegaran tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan oleh penduduk sekitar.
Seorang lelaki turut mendakwa mendengar bunyi kuat dari ruang udara seakan-akan dentuman sebuah jet ketika berada di rumahnya di Kampung Kelaweh, Machang pada pukul 1.30 pagi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya mengambil maklum beberapa aduan di media sosial mengenai bunyi kuat seakan-akan letupan dan gegaran yang menimbulkan kebimbangan.
"Siasatan mendapati tiada sebarang aktiviti menggunakan bahan letupan dan kejadian kebakaran dikesan dan dilaporkan berlaku semasa kejadian.
"Polis Kelantan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube