suria

Anggota polis nganga mulut tunjuk isyarat lucah sudah dikenal pasti, bertugas di sekitar KL

Tindakan anggota polis ini sedang disiasat.

POLIS sudah memulakan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita ketika berlangsungnya satu protes di ibu negara, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, anggota tersebut sudah dikenal pasti dan kini bertugas di kawasan sekitar ibu negara.

“Siasatan dimulakan walaupun tiada laporan rasmi diterima berhubung kejadian itu,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Pada Jumaat, insiden itu mula tular selepas seorang wanita memuat naik hantaran di media sosial mendakwa seorang anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepadanya.

Kejadian berlaku ketika wanita tersebut sedang mengambil gambar semasa protes berkaitan hak asasi manusia di ibu kota.

"Gangguan seksual menjijikkan yang dilakukan oleh pegawai polis (kemungkinan Wangsa Maju) semasa protes G3G4R_official di @usembassykl pada hari ini (Jumaat).

"Aksi sebegini tidak boleh diterima," tulisnya dalam hantaran di laman X.

Wanita itu turut mendakwa anggota polis berkenaan mengulang isyarat tersebut beberapa kali untuk memastikan ia dilihat olehnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain