suria

Wanita bogel mengamuk di pasar, tendang kereta polis sebelum lari masuk kedai makan

Tular foto seorang wanita yang melakukan kekecohan di sekitar Bintulu.

TULAR foto di media sosial menunjukkan seorang wanita tiba-tiba muncul di khalayak ramai dalam keadaan bogel sambil mengamuk.

Kekecohan itu dikatakan berlaku di pasar lama Bintulu, Sarawak pada pagi Isnin.

Wanita tersebut, yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental dilihat berada di tengah jalan raya hingga menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa berhenti secara mengejut.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut turut bertindak agresif dengan menendang beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta polis peronda (MPV) yang tiba di lokasi untuk mengawal situasi.

Keadaan semakin tegang apabila wanita berkenaan dilaporkan masuk ke sebuah kedai makan berdekatan, mencetuskan kebimbangan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Wanita itu turut melakukan kekecohan di sebuah kedai makan.

Beberapa foto insiden ini tular di media sosial, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berharap wanita tersebut diberi bantuan sewajarnya oleh pihak berwajib.

"Jangan diketawakan takut diri sendiri atau keluarga yang terkena.

"Kasihan dia... sakit mental. Kalau dia normal, dia pun tidak akan buat begitu.

"Kasihannya, kalau la dia sedar apa yang berlaku kepadanya. Dia takkan melakukan perkara tersebut. Semoga ada orang baik yang dapat permudahkan urusan dia," komen netizen.

Difahamkan, polis tidak membuat sebarang penahanan tetapi sebaliknya wanita itu telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain