KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mencatatkan satu lagi kejayaan penting dalam kecemerlangan modal insan dengan meraih tiga anugerah berprestij, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai majikan terkemuka dalam industri penjagaan kesihatan Malaysia. Kumpulan itu menerima Graduates' Choice Award, the Human Resources (HR) Asia Best Companies to Work for di Anugerah HR Asia dan 24th Malaysia-International HR Awards 2024. Pengiktirafan itu menyerlahkan dedikasi KPJ Healthcare dalam membangunkan bakat, mencipta budaya tempat kerja yang positif dan memajukan amalan sumber manusia terbaik. Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata, anugerah itu merupakan pengiktirafan kukuh bagi komitmen KPJ Healthcare terhadap nilai bersama C.A.R.E yang mewakili Komitmen, Akauntabiliti, Hormat-Menghormati dan Cemerlang. Wakil Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan KPJ Healthcare Berhad di HR Asia Awards. Penjagaan berkualiti Beliau berkata, anugerah tersebut turut mencerminkan dedikasi pekerjanya dalam memacu inovasi, menyampaikan penjagaan berkualiti tinggi dan komitmen untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang boleh mengembangkan bakat. "Kami kekal fokus pada usaha menetapkan penanda aras baharu dalam kecemerlangan modal insan bagi menyokong misi kami dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia," katanya dalam kenyataan. Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Klang Specialist Hospital, Dr Goventhamah Subramaniam (lima, kanan) bersama staf KPJ Klang Specialist Hospital di 24th Malaysia-International HR Awards 2024. Chin berkata, pada Graduates' Choice Award 2025, KPJ Healthcare dinobatkan sebagai juara dalam kategori Penjagaan Kesihatan (Hospitaliti). "Pengiktirafan ini, yang ditentukan oleh penuntut universiti di seluruh Malaysia, mencerminkan keupayaan kumpulan untuk menarik perhatian bakat muda serta penjajarannya dengan aspirasi generasi tenaga kerja yang baharu," katanya. Majikan pilihan Selain itu, Chin berkata, KPJ Healthcare juga berjaya disenaraikan sebagai satu daripada Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2024 di HR Asia Awards. "Berdasarkan maklum balas langsung daripada pekerja, anugerah ini mengiktiraf kejayaan kumpulan dalam membina persekitaran kerja yang inklusif, menyokong dan memperkasa yang menjana kepuasan serta penglibatan pekerja yang tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Penang dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Utara & Pantai Timur Renuga Muniandy (lima, kiri) bersama staf KPJ Kajang di acara 24th Malaysia-International HR Awards 2024. “Pada 24th Malaysia-International HR Awards 2024, Hospital Pakar KPJ Klang dan Kajang dianugerahkan pingat Emas dalam kategori Majikan Pilihan (Sektor Swasta)," katanya. Beliau memaklumkan, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Utara dan Pantai Timur, Renuga Muniandy turut mengharumkan nama KPJ Healthcare apabila menerima pengiktirafan Anugerah HR Champion atas kepimpinan cemerlang dalam inovasi modal insan. "Pencapaian itu mengukuhkan lagi kedudukan KPJ Healthcare sebagai majikan pilihan yang dipercayai dan peneraju dalam pengurusan sumber manusia penjagaan kesihatan, selain terus menarik serta mengekalkan bakat terbaik, sekali gus memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cemerlang di serata Malaysia," jelas Chin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube