suria

Penoreh getah umur 52 tahun ‘makan’ anak perempuan sendiri! Mangsa baru darjah 5

Kanak-kanak perlu dilindungi dan tidak sewajarnya menjadi mangsa nafsu orang dewasa. -Gambar hiasan

SEORANG penoreh getah berusia 52 tahun dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Seremban selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang berusia 11 tahun.

Hakim Surita Budin turut memerintahkan tertuduh disebat lima kali.

Surita memerintahkan hukuman itu bermula sejak hari penahanannya pada 31 Januari 2020.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2019 dan Disember tahun sama di sebuah rumah di tanah rancangan di Tampin.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Dalam mitigasi, peguam Muhammad Hafiz Leman memberitahu mahkamah lelaki itu ingin membuka lembaran baharu dan menjaga ibunya sebaik sahaja dia dibebaskan.

Malah katanya, lelaki itu tidak pernah melanggar undang-undang sebelum jenayah berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni meminta hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kepada pesalah dan masyarakat. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain