SEORANG lelaki berusia 30 tahun maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori di Lebuhraya Linkedua berhampiran Kulai, Johor Bahru. Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, insiden berlaku sekitar pukul 4.30 petang pada Jumaat di KM29.3, menuju ke Plaza Tol Senai Utara. "Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang penunggang motosikal. Ketika kejadian mangsa cuba mengelak lori yang masih belum dikenal pasti di lorong sebelah kanan. "Ia menyebabkan mangsa hilang kawalan dan melanggar besi pembahagi jalan di bahagian kanan lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Selepas insiden, pemandu lori bertindak melarikan diri dari lokasi kemalangan dan polis sedang mengesannya bagi membantu siasatan. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di Kulai untuk bedah siasat," ujarnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube