suria

Wanita maut kereta langgar tiang parkir, mangsa ada sejarah penyakit ‘tiga serangkai’

Keadaan di lokasi kejadian.

SEORANG wanita berusia 61 tahun maut selepas kereta dipandunya merempuh sebatang tiang di kawasan parkir sebuah hotel sekitar Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, insiden berlaku pada Khamis lalu sekitar pukul 8.45 malam di tingkat tiga parkir bertingkat itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan sebelum keretanya melanggar tiang di kawasan parkir berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Kes dsisasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain