MAYAT seorang lelaki dipercayai dibunuh ditemukan di dalam but keretanya di Kilometer 26, Jalan Jemaluang-Kahang di Mersing, pada Sabtu. Penemuan mayat itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani. Difahamkan, punca kejadian bermotifkan dendam. Beliau berkata, mayat lelaki tempatan berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap di dalam but kereta miliknya dengan kesan kecederaan di bahagian leher. "Bertindak atas maklumat risikan yang diperolehi, pasukan siasatan khas yang ditubuhkan telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 33 hingga 35 tahun di Johor Bahru pada pukul 4.30 pagi Ahad. "Susulan kejayaan tangkapan ini, kes berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam," katanya ketika dihubungi.," katanya pada Ahad. Menurut Abdul Razak, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad untuk siasatan lanjut. "Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube