SEORANG lelaki warganegara Bangladesh yang berusia 32 tahun ditahan di Putrajaya pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, suspek dikaitkan dengan penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah bilik hotel yang dipercayai mati dibunuh. "Siasatan mendapati suspek mengenali mangsa. Dia turut mengaku melakukan pembunuhan itu dengan menyatakan perasaan cemburu sebagai motif utamanya," kata A A Anbalagan. Suspek direman hingga 10 Januari. Pada 31 Disember lalu, seorang wanita ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah bilik hotel di Taman Mawar, Puchong, Selangor. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube