SEORANG wanita maut selepas terjatuh dari aras tinggi sebuah bangunan sebuah kediaman di Jalan Buli Sim Sim, Sandakan, pada malam Selasa. Mangsa berusia 47 tahun itu dipercayai jatuh dari tingkat 23 bangunan berkenaan, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui bersamanya. ARTIKEL BERKAITAN: Gempar wanita maut jatuh bangunan dekat pusat beli-belah "Mangsa yang bukan penghuni di kediaman itu dipercayai terjatuh dari aras yang tinggi bangunan Blok A berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). "Kes masih dalam siasatan termasuk dari tingkat mana mangsa terjatuh namun berdasarkan pemeriksaan pada CCTV lif mendapati mangsa keluar di tingkat 23. "Mangsa mengalami kecederaan teruk bahagian kepala dan kaki," katanya dalam kenyataan pada Rabu. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat, ujarya. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube