suria

Ismail Sabri dikejarkan ke hospital selepas pengsan

Ismail Sabri kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. -Foto Facebook Yuri Azhar Mazlan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri pada awal pagi Sabtu.

"Dimaklumkan bahawa Datuk Ismail Sabri Yaakob telah dikejarkan ke Sunway Medical Centre, Kota Damansara pada pukul 2.30 awal pagi tadi. 

"Datuk Seri Ismail pengsan dan tidak sedarkan diri pagi tadi. Semoga beliau diberi kesembuhan oleh Allah SWT," kongsi salah seorang pembantu bekas Perdana Menteri itu, Yuri Azhar Mazlan, dalam catatan di Facebook.

Dia turut memuat naik sekeping gambar Ismail Sabri yang sedang berehat di katil hospital.

Seorang lagi pembantu kepada bekas Naib Presiden Umno itu mengesahkan beliau kini berada dalam keadaan stabil.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera merupakan perdana menteri kesembilan Malaysia dari Ogos 2021 hingga November 2022. 

Beliau menjawat jawatan Naib Presiden Umno dari 2018 hingga 2023. -The Star 

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia