suria

“Jangan kacau, itu saya punya” - Syed Saddiq malu-malu PM usik hubungan dengan Bella Astillah

Syed Saddiq tergelak apabila Anwar diusik oleh Anwar.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan dua pasang baju Melayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mereka bertemu di lobi Parlimen, pada Selasa.

Menerusi video yang dikongsi di media sosial, Syed Saddiq berkata dia mahu menghadiahkan dua pasang baju Melayu berwarna biru dan merah jambu buat Ahli Parlimen Tambun itu.

"Datuk Seri, seperti dijanjikan, dua baju raya. Salah satunya warna kegemaran Datuk Seri iaitu warna Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Lagi satu warna pink," kata Syed Saddiq kepada Anwar.

Dalam pertemuan sama, Anwar juga sempat mengusik Syed Saddiq tentang desas-desus percintaannya dengan artis Bella Astillah.  

"Tapi, Bella kena ada sebelah," ujar Anwar yang juga Menteri Kewangan secara berseloroh. 

Syed Saddiq menghadiahkan dua pasang baju Melayu kepada Anwar.

Syed Saddiq yang tersipu-sipu malu bagaimanapun menjawab semula usikan Anwar.

"Jangan kacau itu saya punya, kasi chance la Datuk Seri," jawab Syed Saddiq sambil tergelak.

Tidak terhenti di situ, Anwar cuba bertanyakan tentang perancangan untuk bernikah.

"So bila ada... date dah siap ke?" soal Anwar pula, dipercayai merujuk kepada tarikh perkahwinan Syed Saddiq dan Bella.

Syed Saddiq bagaimanapun memberi jawapan ‘selamat’.

"Kita doakan je la Datuk Seri, don't worry. Apa-apa, you will be the first one to know," jawab Syed Saddiq.

"Belum lagi lah?" soal Anwar pula pada penghujung video itu.

Artikel Lain