suria

Khairulaming bakal buka kilang ketiga... Jualan produk cecah RM42 juta, naik 110 peratus banding 2023

Pempengaruh terkenal, Khairulaming berkongsi berita gembira mengenai jualan produknya yang mencecah RM42 juta.

SIAPA yang tidak kenal dengan produk Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi?

Memasuki tahun kelima berkecimpung dalam dunia perniagaan, personaliti media sosial popular, Khairulaming mengumumkan berita gembira bahawa dua produk keluarannya itu telah mencatatkan hasil jualan luar biasa iaitu mencecah RM42 juta bagi tahun 2024.

"Pleased to share with you guys, Alhamdulillah jualan produk Khairulaming untuk tahun 2024 mencecah RM42 juta, iaitu peningkatan sebanyak 110 peratus dari tahun sebelumnya (RM20 juta)," kongsinya dalam hantaran di media sosial pada malam Selasa.

Menurut Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, peningkatan tersebut disebabkan beberapa pembaharuan yang dilakukan dari semasa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu tak cukup, Khairulaming buka kilang Sambal Nyet kedua di Kota Bharu… Jualan cecah RM14 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, dari ‘zero’ ke million! Jual sambal je, Khairulaming kongsi catat jualan RM21.5 juta dalam masa 2 tahun

Malah anak jati Kelantan itu juga tidak lokek berkongsi kepada para pengikutnya mengenai langkah perubahan yang dilakukan.

"Kalau kita recall balik, dulu ambil masa lebih kurang tiga bulan untuk capai jualan RM1 juta. Tapi sekarang Alhamdulillah kita on track, InsyaAllah untuk dapatkan jualan RM1 juta setiap minggu.

"Apa perubahan yang kita buat supaya boleh menaikkan sales? Salah satu apa yang saya boleh share adalah kita fokus kepada live stream.

"Dua tahun lepas saya notice market e-commerce mula beralih ke live stream di mana interaction dengan customer lebih kuat. Dan 70 peratus daripada jualan RM42 juta tu adalah datang daripada live stream.

"Perubahan kedua adalah dari segi production. Dulu Sambal Nyet kita produce 1,000 hingga 3,000 unit sehari, which is tak boleh memenuhi demand yang kita ada, permintan tinggi tapi supply terhad… menyebabkan sambal sold out laju. Tapi sales limited sebab production kita.

"So untuk Dendeng Nyet, dari hari hari pertama kita tukar plan di mana production kena banyakkan terus supaya kita nak customer membeli dengan selesa," kongsinya lagi. 

Beliau dalam pada itu turut berkongsi perancangan bagi tahun 2025, salah satunya adalah penambahan kilang ketiga yang akan memulakan operasinya tahun ini.

"Untuk tahun 2025 fokus kita adalah untuk expand ke kilang ketiga di Kelantan, keluarkan produk ketiga dan expand lagi team livestream. 

"Thank you guys for your support, Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun kelima kita berniaga. Harap boleh expand lagi untuk tahun-tahun akan datang," katanya.

 

Artikel Lain