UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac 2025.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar pukul 8 malam, Ahad.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 31 Mac 2025," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.
Unuk rekod, umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 2 Mac lalu.