NAK sedih ke nak gelak ni? Begitulah komen yang ditinggalkan oleh seorang netizen berhubung kisah ragut yang berlaku pada Jumaat lalu. Dikongsi menerusi Facebook Ayus Haiqal, kisah itu menjadi tular sehingga ramai yang menjadikan peragut itu sebagai bahan lawak. Menurut wanita itu, dia diragut di hadapan sebuah bank di Pekan Lama, Kuala Selangor. Sewaktu kejadian, dia melihat penyamun itu lari meninggalkan motosikalnya dalam keadaan enjin tidak dimatikan. Susulan itu, dia membuat keputusan untuk membawa motosikal peragut berkenaan ke balai polis. Dia takut bini dia marah. Menyamun dia tak takut. Tapi dia lagi takut kena marah dengan bini. AYUS HAIQAL Mangsa Ragut Kisah itu bertukar lucu apabila peragut berkenaan datang ke balai berkenaan sambil menangis. "Masa tengah buat report, si peragut datang nangis-nangis kat balai. Sebab motor tu motor bini dia. "Dia takut bini dia marah. Menyamun dia tak takut. Tapi dia lagi takut kena marah dengan bini. "Satu balai gelak, b**oh betul la, aku pun gelak," tulis wanita itu. Posting berkenaan yang dimuat naik ke Facebook pada Isnin menerima 11,000 tanda suka dan dikongsi lebih 5,000 kali. Antara komen netizen di posting itu. Wanita itu dipercayai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor. Menerusi respon balas di ruangan komen, mangsa memberitahu dia telah mendapat semula beg duit miliknya yang diragut. Kata Ayus Haiqal, beg itu dibuang di belakang blok bangunan dekat lokasi kejadian. Dalam pada itu, ramai netizen yang simpati dan geli hati dengan kejadian itu selain turut meninggalkan komen mereka di posting berkenaan. "Nie mesti ahli-ahli geng takut bini. Meragut berani pulak. Hadoiiii... hahaha," tulis Ikhmal Hayzat. "Nak sedih ke nak gelak ni. Alahai dik...Takut bini rupanya," tulis Rizana Seri. "Kelakar pulak story ni... Peragut ni tak plan betul-betul misi dia ni..... Ahh padan muka dia menangis yea," tulis seorang lagi individu.