JARANG-jarang kita dengar nama Datuk Seri Vida (DSV) selepas kontroversi berlian palsu mengaitkan dirinya dengan penyanyi Aishah tahun lalu. Namun namanya kembali menjadi bualan hangat di Twitter gara-gara keletah bersahaja usahawan kosmetik itu dalam melayan karenah anak perempuannya. Menerusi Insta Story yang dimuat naik Cik B menunjukkan reaksi spontan Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman yang terkejut bercampur gembira ketika diberitahu bahawa anak perempuannya itu sudah mempunyai teman lelaki. "Mama... mama Cik B ada boyfriend," kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 14. Vida disifatkan netizen sebagai seorang ibu yang sporting. Vida dalam nada spontan membalas kata-kata itu dengan gaya mencuit hati. "Huh Cik B... Arggghhh Cik B, betul ke mama dapat menantu," jawab Vida sebelum diberitahu bahawa ianya sekadar gurauan. View this post on Instagram Patutla cik B dah cuba cuba nak cantik..dah nampak cantik.. Cik B akan cantik.. . @cikb_havoc66 . ??? Cer tgk story cik B. @cikb_shop66 . Cik B Rajin dah pakai Cloroc.. Nak berjangak.. . Sebab. Dah ada gewe...? Ha ha ha.. . . Nak jangok juga ke? Nak set . @clorocskincare_hq @clorocskincare_hq .. . Wasap.my/60132197975 . . Shopee.com.my/dsv.os . . . . A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoseri_vida) on Apr 12, 2019 at 7:29am PDT Status Cik B itu dikongsi seorang pelayar Twitter sehingga ditonton sebanyak 169,000 kali. Malah tweet tersebut turut diulang kicau sebanyak 11,867 kali dan mendapat kira-kira 6,845 tanda suka. Rata-rata netizen memuji sikap sporting Vida dan menyifatkan Cik B amat beruntung kerana memiliki ibu sepertinya. Posting mengenai Insta Story Cik B menjadi tular di Twitter. Malah ada juga netizen yang teringin melihat ibu mereka memberikan respons sama seperti Vida jika mereka ingin memberitahu sudah punya kekasih. "Saya mahu ibu saya teruja dengan saya sama seperti ini apabila saya mempunyai teman lelaki," kata seorang pelayar Twitter. Vida ketika dihubungi mStar memberitahu tidak menduga reaksi bersahajanya itu mendapat perhatian netizen. Saya ok sangat sebab kalau ada boyfriend Cik B akan cepat kurus. Biasa orang kalau ada gewe (teman lelaki) suka melaram dan jaga badan. DATUK SERI VIDA "Itu reaksi spontan. Kalau saya buat-buat, saya 'make up' dulu pakai cantik-cantik ke apa semua. "Ini memang terkejut saya Cik B cakap macam tu... pucat (muka) baru lepas makan," katanya. Vida turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki dikenali sebagai Kacak. Ditanya mengenai perasaannya jika Cik B benar-benar sudah punya teman lelaki, Vida berkata dia amat gembira jika perkara itu berlaku. "Saya OK sangat sebab kalau ada boyfriend Cik B akan cepat kurus. Biasa orang kalau ada gewe (teman lelaki) suka melaram dan jaga badan," katanya dalam nada berseloroh. Bagaimanapun Vida menganggap kata-kata Cik B sebagai satu jenaka sahaja. "Saya anggap itu satu prank sebab dia memang suka sakat saya," katanya.