suria

Yuna terliur selepas fesyennya jadi 'modal' sembang kek lapis, peniaga tak tolak rezeki

Seorang netizen membuat bebenang di Twitter dengan memuat naik gambar-gambar yang memadankan foto Yuna dan kek lapis. Foto twitter/hafyziskidnosys

APABILA menyebut tentang kek lapis, terus kita terbayangkan keenakannya dan satu potong kek mungkin tidak mencukupi!

Bukan sahaja manis mengikut perisa, kek lapis berwarna-warni dari Sarawak yang cukup terkenal ini juga sering dijadikan ole-ole untuk rakan atau ahli keluarga.

Terbaharu, 'populariti' kek lapis semakin melonjak dalam kalangan netizen apabila seorang pemuda melakukan bebenang mengenainya di laman sosial Twitter.

Yuna memberi respon kepada bebenang mengenai dirinya dan kek lapis.

Dia memadankan setiap kek lapis yang berwarna-warni dengan fesyen penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna bagi menampakkan ia seperti sedondon.

"Yuna sebagai kek lapis Sarawak. Ini adalah bebenang," tulisnya di Twitter @hafyziskidnosys sehingga diulang kicau hampir 10,000 kali.

Bebenang yang tular membuatkan ramai netizen mahu menempah kek lapis.

Pemuda bernama Abdul Al-Hafiz Ismail kemudian membalasnya dan memohon maaf kerana padanan gambar-gambar yuna dan kek lapis itu membuatkan penyanyi itu mengidam kek lapis berkenaan.

"Oh maaf kerana buat kamu (Yuna) teringin kek lapis Sarawak. Mungkin lain kali, terutama raya yang bakal tiba. Pastinya banyak variasi kek lapis Sarawak untuk dicuba," katanya.

Respon Yuna mengakhiri bebenang Abdul Al-Hafiz yang turut memohon maaf kepada netizen yang menginginkan kek lapis itu.

Peniaga kek lapis turut tidak ketinggalan mempromosikan produk mereka.

Namun, bebenang tersebut tidak berhenti setakat itu apabila beberapa netizen memuat naik padanan gambar Yuna dan kek lapis yang lain. 

Malah, ia turut menjadi platform netizen yang mula mencari mana-mana penjual kek lapis Sarawak susulan bebenang yang tular.

Oh maaf kerana buat kamu (Yuna) teringin kek lapis Sarawak. Mungkin lain kali, terutama raya yang bakal tiba. Pastinya banyak variasi kek lapis Sarawak untuk dicuba.

PENGGUNA TWITTER @hafyziskidnosys

"Aku scroll sampai bawah bukan sebab nak tengok gambar, tapi aku nak tengok ada tak sesiapa yang jual kek lapis Sarawak yang sedap-sedap macam dalam gambar. Sedapnya," kata @balmond888.

"Siapa yang ada jual kek lapis Sarawak ni area KL/Selangor/Banting???," tanya @@_hayatiaiman_

"Eh teringin laaaaa. I think someone dah boleh start promote kek lapis kat bahagian komen," kata syafinaz_rahman memberi cadangan.

Padanan foto warna busana Yuna dan kek lapis sedondon.

Tidak mahu menolak rezeki, beberapa peniaga kek lapis Sarawak mula berkongsi gambar-gambar dengan senarai jenis kek lapis yang dijual mereka berserta harga dan saiz.

Malah ada yang melariskan jualan kek lapis mereka menggunakan nama Yuna.

"Marilah menempah kalau nak jadi Yuna," kata @amrroza_mwrdh sambil memuat naik gambar beberapa jenis kek lapis.

Nama Yuna dijadikan modal untuk melariskan jualan kek lapis.

Dengan pelbagai warna, rekaan dan perisa serta nama bagi setiap kek lapis Sarawak di pasaran, maka tidak hairanlah ada netizen yang menyifatkan busana memberi inspirasi kepada pengusaha kek lapis Sarawak.

"Agaknya pembuat kek lapis Sarawak tu terinspirasi bila tengok Yuna," katanya secara berseloroh.

Tidak melatah gambar pemakaiannya disamakan dengan kek lapis, Yuna memberi respon kepada bebenang berkenaan dengan nada bergurau.

"You’re giving me ideas - for new visuals.. and also craving kek lapis Sarawak now but Im leaving Malaysia soon nooooo what have u done (Kamu berikan saya idea untuk visual baharu... dan juga buat teringin kek lapis Sarawak sekarang, tapi saya akan meninggalkan Malaysia tidak lama lagi. Apa yang kamu telah lakukan," ujar Yuna yang menempa nama di Amerika Syarikat.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Yuna, kek lapis, kek lapis Sarawak

Artikel Lain