SETIAP perayaan di Malaysia pasti akan dikongsi dan diraikan bersama bagi mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat walaupun berlainan bangsa dan agama. Terkini, sikap prihatin seorang pemandu GrabCar berbangsa Cina yang berbesar hati untuk melayan penumpangnya sebelum masuk waktu berbuka puasa membuktikan perpaduan kaum masih wujud dalam kalangan masyarakat negara ini. Sebagai tanda menghargai sikap pemandu Grab tersebut, Nur Aqilah Syazwina Mustaffa atau mesra dipanggil Wina membuat bebenang di akaun Twitternya untuk sama-sama dihayati masyarakat. ARTIKEL BERKAITAN: Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider GrabFood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya” ARTIKEL BERKAITAN: “Dia agih sampai habis semua” - Feri rosak, coklat mahal penumpang Cina jadi 'korban' iftar, lelaki ini buktikan rasis sikap individu Bercakap kepada mStar, gadis berusia 23 tahun itu berkata, pada Ahad lalu, dia terpaksa menempah khidmat Grab dari Terminal Bas Batu Pahat untuk pulang ke rumah kerana ibu bapanya tidak dapat datang mengambilnya. Whong Zen Wei atau dikenali sebagai Ah Wei sungguh prihatin dengan membelikan juadah buat Wina. "Waktu itu dah pukul 6 petang dan sebaik sahaja saya masuk ke dalam kereta, pemandu Grab tu pun mula greet saya dan kami berborak sepanjang perjalanan. "Dalam perjalanan pulang ke rumah, kebetulan ternampak bazar di tepi jalan dan saya sengaja tanya sama ada dia pernah pergi ke bazar Ramadan atau tidak. "Dia ada bagitau yang dia tak pernah pergi ke bazar. Selepas itu, dia terus parking kereta dan bawa saya singgah untuk beli juadah berbuka memandangkan waktu tu dah hampir pukul 7 malam," ujarnya yang merupakan pelajar jurusan Pengajian Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Berkongsi pengalamannya pertama kali bertemu dengan pemandu Grab yang bernama Wong Zhen Wei itu, Wina terharu selepas melihat sikap baik pemandu Grab tersebut yang bukan sahaja peramah dan prihatin, tetapi juga sanggup membelikannya juadah berbuka puasa. "Mula-mula saya nak beli Ayam Percik dan kuih-muih guna duit sendiri tapi dia terus hulurkan duit bayarkan makanan yang saya beli tanpa teragak-agak. Posting bebenang milik Wina di laman Twitter. Menurut Wina, walaupun tidak pernah kenal, tidak timbul rasa curiga terhadapnya yang difahamkan sudah berkahwin itu memandangkan dia sangat menghormatinya dan tahu menjaga batas pergaulan. "Sepanjang berjalan di bazar, kami juga berkongsi cerita tentang makanan kegemaran masing-masing dan kebetulan ada gerai jual minuman Mango Shake, dia terus belikan saya minuman itu. "Saya ada cuba nak bayar semula duit yang dia dah bayar untuk makanan yang dibeli tetapi ditolak sebab katanya memang niat ingin belanja saya," katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Wina berkata pemandu tersebut telah membelanjakan wang sebanyak RM22 untuk juadah berbukanya, manakala dia membayar tambang sebanyak RM24. Mula-mula saya nak beli Ayam Percik dan kuih-muih guna duit sendiri tapi dia terus hulurkan duit bayarkan makanan yang saya nak beli tanpa teragak-agak. WINA Penumpang GrabCar Tidak terhenti di situ, apa yang lebih mengejutkannya apabila lelaki berkenaan sanggup membawa kesemua bungkusan plastik makanan yang dibeli tanpa diminta. Keperibadian Wong Zhon Wei atau nama ringkas Ah Wei ternyata membuktikan masih ada pemandu Grab, khususnya dan rakyat negara ini, secara amnya yang baik hati. Layanan, kesanggupan dan sikap menghormati bangsa lain yang ditunjukkan Ah Wei adalah sesuatu yang begitu besar nilainya pada zaman sekarang dan ia tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Wina kagum dengan sifat Ah Wei yang sungguh prihatin dan baik hati. Sikap prihatin Ah Wei juga telah membuatkan Wina terpanggil untuk menjemputnya berbuka bersama keluarganya sebaik sahaja dia tiba di rumah. Menurut Wina, walaupun Ah Wei nampak berminat tetapi terpaksa menolak pelawaan itu kerana perlu mengambil penumpang lain pula. Dalam pada itu, posting bebenang milik Wina menerima kira- kira 2,019 ulang kicau dan 1,451 tanda suka sejak dimuat naik 27 Mei. Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di Twitter. "Beri dia lima bintang!" tulis salah seorang pengguna Twitter @nam6awan. "Rezeki tak diduga," komen @Tilalulalilalol.