suria

'Kerja adalah ibadah'! Gaji jawatan pensyarah IPTS Kelantan dalam iklan buat ramai bengang... “Baik tak payah belajar tinggi”

Iklan jawatan yang ditularkan di Twitter.

BAGAIKAN satu trend di media sosial, ada sahaja isu yang dibangkitkan seolah-olah memberi gambaran buruk kepada negeri Kelantan.

Sebelum ini misalnya, netizen banyak memperkatakan isu sampah, pengotor dan sikap berpuak-puak yang dikaitkan dengan penduduk negeri itu.

Kali ini, timbul satu lagi posting tular mengenai gaji profesion kerja sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta negeri itu yang didakwa cukup rendah dan tidak masuk akal.

ARTIKEL BERKAITAN: Alieff Irfan dituduh tunjuk 'buruk' Kelantan, malukan negeri sendiri “Siksa ayah kau dalam kubur dapat anak macam ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dari Kelantan tak disukai keluarga sanggup 'basuh berak' bapa mertua, kini tiap minggu nak menantu balik... “Orang cakap jangan benci keterlaluan”

"Kenapa anak jati Kelantan tak bekerja di negeri sendiri? Requirement master tapi gaji SPM. 

Paparan skrin penjelasan pihak Kolej MSU Kota Bharu di Twitter.


"Gaji minimum RM1100 apply untuk semua SPM, diploma, ijazah, master. Sakit hati pula aku tengok tagline atas tu,' tulis @salmie_shkrdy.

Posting yang disertakan iklan melibatkan Kolej MSU Kota Bharu dari Jobs Malaysia Kelantan itu menerima lebih 3,300 ulang kicau (Retweet).

Hah sama gaji dengan driver. Bukan nak hina jawatan rendah tapi employer dekat Kelantan ni letak gaji minimum tu sampai tahap engineer (kelayakan degree) pun RM1100. Gaji cleaner (kelayakan tiada pendidikan) pun RM1100 baik tak payah belajar tinggi.

@salmie_shkrdy

PELAYAR TWITTER



Menerusi iklan itu, ia menawarkan kekosongan jawatan pensyarah untuk Kolej MSU Kota Bharu.

Pemohon mestilah memiliki kelayakan master dalam bidang pelancongan dan hospitaliti dan ditawarkan gaji sebanyak RM1,100 sahaja.

Tambah pengendali akaun @salmie_shkrdy itu, gaji ditawarkan disifatkan tidak logik, malah ia dianggap hanya setaraf dengan gaji pemandu.

"Biar logik la sikit. Nak requirement tinggi, nak pengalaman, gaji macam tak kena bayar komitmen. Gaji sama dengan jawatan non-professional apokehel.

Paparan skrin perkongsian skrin yang tular di Twitter.


"Hah sama gaji dengan driver. Bukan nak hina jawatan rendah tapi employer dekat Kelantan ni letak gaji minimum tu sampai tahap engineer (kelayakan degree) pun RM1100. Gaji cleaner (kelayakan tiada pendidikan) pun RM1100 baik tak payah belajar tinggi," tulisnya lagi. 

Dalam pada itu, pihak Kolej MSU Kota Bharu turut meninggalkan komen di posting itu bagi memperjelaskan hal sebenar.

Ujar pengendali akaun rasmi institusi pengajian tinggi swasta itu, maklumat yang dipaparkan menerusi iklan berkenaan adalah tidak tepat sama sekali.

"Sebagaimana pihak lain @MSUCollege_KB mengguna @JobsmalaysiaK sebagai platform. MSU College adalah kompetitif di pasaran dalam pelbagai bidang, termasuk yang melibatkan sumber manusia. 

"Namun, mohon penjelasan dari @JobsmalaysiaK atas maklumat iklan ini yang didapati tidak tepat," tulis pengendali akaun itu.

Sementara itu, beberapa netizen turut menggesa agar tweet berkenaan dipadam memandangkan ia sudah dijawab oleh pihak Kolej MSU dan ia ternyata tidak benar.
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain