suria

Datin mengamuk tak dilayan staf kedai nasi ayam kembali untuk berdamai... Pengurusan akui tak amal sistem beratur!

Pertemuan Datin Nona (dua dari kiri) bersama pihak Chicken Rice Shop yang diwakili Julia (kiri), Yin Fong dan Badrul Hisham pada petang Rabu.

DALAM kemuliaan Syawal, ramai yang mengambil peluang untuk bermaaf-maafan atas segala silap dan khilaf yang dilakukan.

Terbaharu, ‘sengketa’ antara Datin Nona dan kakitangan sebuah kedai nasi ayam popular di Alamanda, Putrajaya yang tular baru-baru ini juga berakhir menerusi satu pertemuan selama hampir dua jam, juga di lokasi sama pada petang Rabu.

Tiga kakitangan pengurusan tertinggi The Chicken Rice Shop (TCRS) Restaurant Sdn Bhd hadir bersemuka dengan isteri komposer terkenal itu bagi menjernihkan kembali situasi yang tegang sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau duduk kita tak layan! Datin yang 'hangin' dengan staf kedai nasi ayam disuruh minta maaf satu Malaysia, “Pelik betul, mereka tak matang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kaulah bodoh, kaulah gila” punca wanita makan penumbuk? Isteri kongsi versi penuh kisah suami tumbuk pemandu tak bagi 'signal'

Pertemuan itu dihadiri Pengurus Latihan Kumpulan dan Perhubungannya, Badrul Hisham Mohd Zahir, Pengurus Besar Operasi Wong Yin Fong dan juga Pengurus Latihan Perkhidmatan Pelanggan Julia Mohamed Noor.

Kesal dengan insiden yang berlaku, Julia memohon maaf atas perbuatan kakitangan wanita itu yang juga pengurus kedai nasi ayam tersebut di cawangan Alamanda, Putrajaya.

Memang saya marah. Tapi apa pun saya minta maaf. Saya bukan niat nak viralkan video tu untuk popular. Saya sendiri terkejut dan tak expect langsung video tu dah cecah 1.6 juta tontonan. 

DATIN NONA

"Kami minta maaf. Kami amat prihatin dengan apa yang berlaku. Sudah tentu pihak kami takkan biarkan sahaja insiden itu. Nak viral, virallah… kami bukan macam tu.

"Kami sudah bertemu dan dengar penjelasan dia. Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak sebab kami mahu bersikap adil kepada sesiapa sahaja. Pelanggan amat penting tidak kira siapa pun mereka.

"Jadi tindakan segera sudah diambil sebaik sahaja insiden itu viral. Kakitangan itu juga sudah diberikan kaunseling. Kami ambil positif maklum balas datin. Ia amat penting untuk membantu kami memperbaiki mutu perkhidmatan kami," katanya dalam sesi pertemuan itu yang turut dihadiri wartawan mStar.

Pertemuan antara Datin Mona dan pengurusan TCRS yang berlangsung pada petang Rabu di Alamanda, Putrajaya.

Sementara itu, Badrul Hisham turut menjelaskan bahawa syarikat itu sebenarnya tidak mengamalkan sistem beratur pada waktu normal.

"Pelanggan hanya perlu que bila penuh. Bila ada tempat kosong mereka boleh masuk sahaja. Tunggu staf bersihkan meja, duduk dan kemudian order mereka akan diambil.

"Kami tidak pernah amalkan sistem beratur bila ada meja kosong. Jadi kami amat kesal. Sepatutnya insiden seperti ini tidak seharusnya berlaku.

"Bagi saya pengurus perlu tengok kes demi kes. Ia mudah. Semuanya mengenai logik akal. Jadi kami harap insiden seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Datin Nona yang hadir bersama ibunya turut meminta maaf di atas kekecohan tempoh hari.

Paparan skrin video tular tempoh hari.

"Saya mak-mak jadi bila dah sampai mak mak punya level tu memang mengamuklah, lebih-lebih lagi bila dengar perkataan kalau masuk kami tak layan.

"Memang saya marah. Tapi apa pun saya minta maaf. Saya bukan niat nak viralkan video tu untuk popular. Saya sendiri terkejut dan tak expect langsung video tu dah cecah 1.6 juta tontonan.

"Niat saya hanya mahu kedai ini perbaiki kelemahan sistem perkhidmatan mereka. Rata-rata penduduk di Putrajaya suka makan nasi ayam di sini, jadi apa kata lakukan penambahbaikan untuk keselesaan semua,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Datin Nona, Chicken Rice Shop, amukan

Artikel Lain