suria

'Bagi hati' jadi 'makan hati'! Kena 'ayat' dengan pelanggan, abang Foodpanda dedah perbualan penuh, ramai terkejut pengakhirannya!

Muhammad Fitri menerima mesej daripada seorang pelanggan kurang seminggu bekerja sebagai penghantar makanan. Foto instagram fitrieskasabian

KHIDMAT penghantaran makanan menerusi dalam talian kini menjadi trend, membuatkan ramai anak muda mengambil peluang untuk bekerja sebagai 'budak penghantar' untuk servis popular itu.

Memberi perkhidmatan terbaik sudah semestinya, tetapi seorang pemuda tidak menyangka menerima ‘mesej cinta’ daripada salah seorang pelanggan perempuan.

“Aku ingatkan aku tersalah hantar makanan pelanggan rupa-rupanya...” katanya menerusi perkongsian yang tular di laman sosial dengan memuat naik tangkapan skrin mesej Whatsapp ‘Saya order mcd je, awak bagi hati sekali’.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna Ducati hantar makanan, sanggup ikat lemang di badan “Caj tak tinggi, cover duit minyak dah OK”

ARTIKEL BERKAITAN: Bro ni beri berjela pesanan 'win' kalau nak buat full time rider Grab... Apa kes cikgu, ex awek masuk senarai?

ARTIKEL BERKAITAN: Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider GrabFood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya”

“Sama ada brader ni bertuah atau perempuan tu yang terlebih berani. Ok aku fikir nak mohon kerja Foodpanda sat,” ujar seorang netizen.

Perkongsian Muhammad Fitri di laman sosial yang menjadi tular dengan lebih 15,000 diulang kicau.

“Abang Foodpanda itu crush aku... boleh buat tajuk drama ni,” komen seorang lagi netizen berjenaka.

“Hahaha, amboi kemain. Sambil buat pesanan makanan, sambil cari jodoh ke tu?” ujar seorang lagi netizen.

Pemuda berkenaan, Muhammad Fitri Mat Noh berkata, mesej tersebut diterima pada Sabtu lalu, minggu pertama dia bekerja sebagai penghantar makanan.

Antara perbualan awal Muhammad Fitri bersama pelanggan itu.

Dia yang baru berusia 21 tahun mengakui terkejut menerima mesej tersebut kerana ia diterima selepas beberapa hari menghantar makanan kepada pelanggan berkenaan.

“Saya tanya siapa ni? Malam-malam saya dapat mesej, mau tak terkejut. Dia jawab dia adalah pelanggan di Klang yang saya hantar makanan Rabu tu. Saya tanya, oh adik awak yang ambil makanan tu kan.

“Dia kata dia lah yang ambil makanan tu daripada saya. Masa tu saya terdiam. Tak sampai seminggu kerja, dah dapat mesej pasal ‘hati’. Nervous lain macam sebab serius saya ingat pada mulanya ada tersilap hantar makanan,” katanya kepada mStar.

Muhammad Fitri terkejut menerima mesej daripada seorang pelanggan pada waktu malam.

Seperti pelanggan-pelanggan lain, Muhammad Fitri berkata, dia memberi perkhidmatan sebaik mungkin demi kepuasan pelanggan secara profesional. 

Saya baru saja bekerja selepas habis belajar di Politeknik, Shah Alam dan nak beri tumpuan pada pekerjaan dulu, nak cari duit. Soal nak couple, girlfriend tu saya tolak tepi dulu.

MUHAMMAD FITRI

Namun, anak jati Klang, Selangor ini tidak menyangka menerima mesej berbaur romantik itu daripada seorang pelanggan yang tidak dikenalinya.

“Saya fikir juga kalau ada tersilap cakap dengan budak sekolah tu. Tapi, dia kata tak ada sebarang masalah. Budak tu nampak kecil, saya ingatkan baru tahun enam.

“Dia cakap dah 18 tahun, lepas tu dia mengaku baru nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) bila saya sebut pasal permohonan UPU (Unit Pusat Universiti),” katanya yang membuat penghantaran di kawasan Klang dan Setia Alam.

Muhammad Fitri bekerja sebagai penghantar makanan selepas tamat pengajian di Politeknik, Shah Alam.

Anak sulung daripada lima beradik itu kemudian mengakhiri perbualan dengan baik demi menghormati pelanggan itu yang masih merupakan pelajar dan bawah umur.

Muhammad Fitri menjelaskan bahawa dia perlu membalas mesej itu pada awalnya kerana bimbang sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan.

Sempat mengucapkan maju jaya kepada pelanggan yang bakal menduduki SPM.

“Tapi rupa-rupanya dia nak try. Saya baru saja bekerja selepas habis belajar di Politeknik, Shah Alam dan nak beri tumpuan pada pekerjaan dulu, nak cari duit.

“Soal nak couple, girlfriend tu saya tolak tepi dulu. Saya cepat-cepat tamatkan perbualan minta maaf kalau ada salah dan silap, dan ucap Good luck SPM!,” ujar graduan Diploma Komunikasi Elektronik itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Foodpanda, SPM, hati

Artikel Lain