suria

Gadis 'demand' hantaran RM15K menangis bapa dicop gila duit, “Ayah saya meninggal tiga tahun lalu”

Qaisara menjadi perhatian selepas video tular mengenai pandangan peribadinya berhubung wang hantaran.

SEORANG gadis dikecam teruk di media sosial gara-gara video tular mengenai tuntutan wang hantaran sekurang-kurangnya RM15,000 kerana mempunyai pendidikan bertaraf degree atau Ijazah Sarjana Muda.

Malahan, menerusi video keduanya yang tular bagi menjawab kritikan netizen, gadis berkenaan tetap mempertahankan pendiriannya berhubung isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini dikecam gara-gara cakap tak serupa bikin, “Ikut lelaki mampu, tapi I ada degree paling kurang RM15,000”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mampu atau tak bergantung juga kalau dia nak kahwin dengan lelaki tu” - Tokoh Imam gigih 'tayang' trofi, pingat sindir gadis demand hantaran 15K

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini tetap demand hantaran paling kurang RM15,000, "Lelaki nak isteri pandai masak, baik cari orang gaji je"

Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Qaisara itu mendedahkan dia baru sahaja menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti tempatan.

“Masa video itu tular, saya baru habis ‘intern’ (latihan praktikal) untuk tahun akhir ‘degree’ saya. Sekarang saya dah tamatkan pengajian dan konvokesyen dijangka tahun depan.

“Ikutkan, memang saya belum dapat sijil ‘degree’ sebab belum konvo, tapi saya dah habis ‘intern’ hampir sebulan dan dah habis belajar,” katanya kepada mStar.

Gadis ini baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti tempatan.

Anak jati Kuala Terengganu berusia 20an itu turut menjelaskan bahawa apa yang diluahkannya menerusi dua video yang tular itu bukan berpandukan skrip, sebaliknya ia adalah pandangan peribadinya secara spontan.

“Saya tak faham kenapa ramai yang triggered (melatah) kerana ia adalah pandangan peribadi saya. Masing-masing ada hak untuk menyuarakan pandangan.

“Video kedua tu dibuat bukan sebab saya melatah dengan kritikan netizen, tetapi mahu menjelaskan kekeliruan netizen berhubung kenyataan saya mengenai hantaran sekurang-kurangnya RM10,000 dan paling kurang RM15,000. Itu saya memang akui tersasul,” katanya.

Qaisara semasa memberi pandangannya mengenai wang hantaran.

Qaisara berkata, dia tidak mengambil peduli dengan kecaman netizen susulan kenyataannya yang mencetuskan kontroversi sehingga hangat diperdebatkan.

Namun apa yang dikesalkannya apabila segelintir pihak memberi kritikan di luar konteks daripada pandangannya mengenai wang hantaran.

“Saya tak kisah mereka nak kritik saya macam-macam cuma ada yang tak relevan sampai cakap saya ni buruklah, bodohlah. Apa kaitan dengan hantaran,” katanya.

“Nak kritik saya... kritiklah, tapi jangan babitkan keluarga saya terutama arwah ayah. Saya menangis bila ada yang sanggup kata arwah ayah gila duit.

QAISARA

Bagaimanapun, anak bongsu daripada enam beradik itu sebak dengan kritikan netizen yang tidak sensitif sehingga membabitkan keluarganya.

“Saya sedih bila ada yang kata ayah saya 'gila duit'. Itu kan pandangan peribadi saya, kenapa nak sentuh hal keluarga pula. Ayah saya dah tiga tahun meninggal dunia.

“Nak kritik saya... kritiklah, tapi jangan babitkan keluarga saya terutama arwah ayah. Saya menangis bila ada yang sanggup kata arwah ayah gila duit,” katanya dengan nada sebak mengenai bapanya yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Anak jati Kuala Terengganu ini sedih dengan kritikan netizen membabitkan keluarganya.

Qaisara bagaimanapun amat bersyukur kerana ibunya tetap memberi sokongan dan semangat ketika dia dihimpit kontroversi, dan menganggap kenyataan itu hanya pandangan peribadi, bukan mewakili keluarganya.

Terdahulu, menerusi video yang tular dalam satu sesi temubual oleh sebuah syarikat penerbitan, Qaisara memberi pandangan bahawa dia tidak kisah berapa wang hantaran yang diberikan pihak keluarga lelaki selagi mengikut kemampuan mereka.

Dia yang dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Muda kemudian mengubah pendiriannya bahawa wang hantaran perlu dinilai berdasarkan tahap pendidikan.

Video sumber Youtube Lejen TV

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hantaran, 15k, netizen, degree, kahwin, Qaisara

Artikel Lain