suria

Tenat! 3 doktor buat ulasan jujur tengok scene drama Melayu libatkan pesakit di hospital, “Peliknya dia boleh bercakap”

Dari kiri, Dr Amirul Amzar, Dr Liyana Dhamirah dan Dr Abd Shukor Mohd Hashim. FOTO: Youtube Southern Crescent Malaysia.

BABAK melibatkan situasi pesakit di hospital dalam drama dan filem tempatan sering menjadi jenaka netizen.

Mana tidaknya, segelintir pemain industri seolah-olah mengambil mudah karya yang ingin dipertontonkan sehingga ia menjadi ejekan ramai.

Selain penggunaan alat perubatan yang salah dan tak kena tempat, dialog yang dituturkan oleh doktor juga kadang kala turut dipersoalkan penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor ini rasa bersalah abaikan famili, insiden terkejut terserempak ibu di unit kecemasan jadi iktibar... "Kau sibuk kerja, tak mau kau risau"

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! 33 minggu dalam perut ibu koma, bayi membesar, selamat lahir walau ibu belum sedar “Doktor kata bayi kami ajaib”

Malah, ada yang membandingkan drama keluaran tempatan dengan karya dari Korea Selatan yang mana mereka cukup teliti agar babak di hospital bukan sahaja realistik namun dapat memberi ilmu kepada yang menonton.

Dr Liyana Dhamirah membuat ulasan mengenai babak dalam drama tempatan.

Terbaharu, saluran Youtube Southern Crescent Malaysia memuat naik satu video yang berjudul 'Reaksi Doktor, Babak Drama dan Filem Melayu, Babak Masuk Tube Tapi Boleh Cakap' yang sehingga kini menerima hampir 300,000 tontonan.

Menerusi video itu, ia memaparkan tiga pengamal perubatan iaitu Dr Liyana Dhamirah dari PrimaNora Medical Centre, Dr Abd Shukor Mohd Hashim (KPJ Seremban) dan Dr Amirul Amzar (Medical Mythbusters Malaysia).

Nasib baik reaksi doktor Melayu. Buatnya reaksi doktor dari luar negara? Lagi parah malunya.

NETIZEN

Sepanjang video berkenaan, mereka dipertontonkan babak-babak dalam hospital yang disiarkan menerusi drama atau filem tempatan sebelum membuat ulasan dan penerangan.

"Kalau kita tengok klip ni, it's obvious yang perempuan ni sebenarnya memerlukan mesin yang connected masuk dalam mulut, tiub dan sebagainya untuk dia bernafas.

Dr Amirul Amzar turut tampil dalam video tersebut bagi membuat ulasan.

"Tapi yang peliknya, dia boleh bercakap," ulas Dr Liyana Dhamirah merujuk kepada satu babak drama yang dipertontonkan.

Begitu juga Dr Abd Shukor yang turut senada dengan Dr Liyana Dhamirah dan menyifatkan babak berkenaan sebagai tidak logik.

Selain Youtube, sedutan pendek video berdurasi lebih 14 minit itu turut ditularkan semula ke laman Twitter dan menerima respons yang luar biasa.

Dr Abd Shukor dari KPJ Seremban, Negeri Sembilan.

"Malunya scene Melayu kena gelak dengan doktor," tulis seorang pelayar Twitter yang berkongsi video itu sehingga menerima hampir 600,000 tontonan.

Tweet video itu turut menerima hampir 30,000 ulang kicau (Retweet).

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen mereka berhubung perkongsian berkenaan.

Video berkenaan turut tular di laman Twitter.

"Sebab tu pentingnya study dan buat research dulu sebelum mula produce drama atau filem," tulis @ftnshrmn.

"Nasib baik reaksi doktor Melayu. Buatnya reaksi doktor dari luar negara? Lagi parah malunya," tulis @mai_mael.

"Cerita Melayu memang selalu tak logik. Baik layan drama Korea, lagi real babak bedah tu semua," tulis seorang lagi netizen.

Untuk rekod, video asal di Youtube itu memaparkan sedutan daripada drama Titian Cinta (TV3), Dia Imamku (TV3), Maaf dari Khilaf (TV3), Cinta Koko Coklat (NTV7) dan filem Munafik 2 terbitan Skop Production.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain