suria

Cuci kain, sental tandas... Rupa-rupanya suami dah fikir panjang kenapa tak perlu berkira tolong isteri buat kerja rumah, “Tiba-tiba dia tak ada, macam mana?”

Menurut Iffat, kerja-kerja rumah yang dilakukan juga bertujuan untuk mendidik dua anak lelakinya. (Gambar Hiasan)

JIKA sudah terbiasa membuat kerja-kerja rumah sewaktu zaman bujang, kenapa pula tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri selepas mendirikan rumah tangga?

Begitulah persoalan yang dibuat oleh seorang bapa kepada dua cahaya mata menerusi laman Twitter miliknya.

"Setiap dua hari, aku akan cuci kain. Setiap dua minggu, aku akan cuci tandas sehingga bersih. Setiap petang aku main dengan anak-anak. Apa wife aku buat?," tulis Iffat Ismail di Twitter sehingga menerima lebih 40,000 ulang kicau (Retweet).

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘nakal’, suami terpaksa bermalam di bilik Hello Kitty dengan rakan lelaki, “Sampai nak tidur pun kami gelak”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah beritahu mak, jangan terkejut tengok dia” - Jururawat pilih suami Sudan, yang kutuk biar 'kutip dosa kering'

Mesra disapa Iffat, guru berusia 30 tahun itu menjelaskan, rasa bersalah seolah-olah menyelubungi diri seandainya dia membiarkan isterinya mengemas, mencuci baju dan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

"Saya fikir ringkas sahaja. Kalau saya suruh isteri buat segala kerja, tiba-tiba dia tak ada, macam mana saya nak buat?

Netizen turut bersetuju dengan perkongsian yang dibuat Iffat menerusi laman Twitter.

"Bila isteri tak ada, sekurang-kurangnya tahu apa perlu dibuat dan bagaimana nak buat semua kerja rumah. Lagipun ia senang dan perkara asas sahaja," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Menurut anak kelahiran Sungai Petani, Kedah yang kini menetap di Kudat, Sabah, ini dia juga membuat kerja-kerja rumah sebagai satu teladan untuk dua anak lelakinya yang berusia dua dan empat tahun.

Kenapa saya kena buat semua kerja rumah? Sebab saya ada dua anak lelaki. Saya kena tunjuk kepada mereka bahawa kerja tu lelaki yang kena buat. Tak semestinya perempuan yang buat.

IFFAT ISMAIL

Jelasnya, dia mahu memberi didikan awal bahawa tugas-tugas berkenaan bukanlah tanggungjawab hakiki wanita sahaja sebaliknya perlu dilakukan semua orang.

"Kenapa saya kena buat semua kerja rumah? Sebab saya ada dua anak lelaki. Saya kena tunjuk kepada mereka bahawa kerja tu lelaki pun kena buat.

Posting Iffat yang tular di Twitter.

"Tak semestinya perempuan yang buat. Saya didik siap-siap melalui teladan. Nak kemas rumah, tak boleh suruh anak-anak, mereka tak faham.

"Saya kena kemas dulu, sambil tu ajak mereka. Baru mereka ikut," kongsi Iffat lagi.

Antara tugasan yang sering dilakukan bersama dua hero ciliknya termasuklah menyapu sampah, menjemur pakaian dan melipat baju.

Dalam pada itu, posting Iffat di Twitter turut dihujani dengan komen-komen netizen.

Malah, mereka turut berkongsi kisah dan pandangan masing-masing mengenai posting Iffat berhubung isu tersebut.

"Itulah kehidupan selepas kahwin. Apa-apapun ia, itulah yang kita panggil komitmen. Ikhlaskan hati untuk pikul semua tanggungjawab tu tanpa komplen," tulis @IqahRazali.

"I got mine, Alhamdulillah. Selalu bersyukur, sebab mak pak mentua dah didik suami dengan segala budi bahasa ni. Plus dia memang berdikari masa duk sekolah askar. Baju memang dia yang akan basuh jemur. Aku tolong angkat lipat. Cuci toilet dia, aku kemas bilik," tulis @farhanaroslee pula.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain