suria

Dapat banyak pujian, rupa-rupanya pemuda ini ada rasa terkilan selepas tolong penunggang ‘tak jumpa TBS’, “Kalau ikutkan saya...”

Tindakan pemuda yang dikenali sebagai Din mendapat simpati Aidid yang bertindak menunjuk arah kepadanya sehingga ke TBS pada tengah malam Jumaat lalu.

BERANI dan satu dalam seribu. Itulah ungkapan diberikan netizen terhadap seorang lelaki yang sanggup mengambil risiko membantu menunjukkan arah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kepada seorang individu yang tidak dikenalinya sewaktu pulang dari kerja tengah malam Jumaat lalu.

Perkongsian Muhammad Aidid Mohd Khalidludin mengenai pengalamannya semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat selepas tol Kajang menjadi tular sehingga menerima 11,700 ulang kicau dan 8,300 tanda suka di Twitter.

Bercerita kepada mStar, Muhammad Aidid berkata dia pada awalnya was-was dengan seorang pemuda yang hanya dikenali sebagai Din yang memberitahunya bahawa dia menunggang motosikal dari Teluk Intan, Perak semata-mata mahu menjemput adik perempuannya di TBS.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa pakcik ‘merayau’ tengah malam, 3 pemuda hantar ke TBS… “Jumpa kita di syurga”

ARTIKEL BERKAITAN: Bantu pelancong Jerman kemalangan, remaja kata ada yang tengok saja... “Hanya kongsi, bukan menunjuk-nunjuk”

"Mula-mula tu saya ragu-ragu dengan personaliti dia. Yalah bila orang asing tiba-tiba tegur kita macam curious jugalah.

"Lebih-lebih lagi bila dia cakap dah kat KL dari tengah hari tapi pusing-pusing tak jumpa pun TBS, ditambah pula hanya naik motosikal Honda EX5 dari Teluk Intan.

Muhammad Aidid Mohd Khalidludin.

"Saya pun cakaplah kat dia "Seriuslah"? Bunyi macam tak logik je tapi waktu tu nampaklah dia macam keadaan terdesak. Memang dah terpesong jauh jalan nak menghala ke TBS," katanya yang ketika itu berada di Bangi.

Namun Muhammad Aidid atau lebih mesra disapa Aidid berkata perasaan simpati mengatasi rasa curiganya sebaik sahaja pemuda itu memberitahu tujuan sebenarnya berbuat demikian.

"Bila dia kata dari Teluk Intan nak ambil adik dia baru balik dari Kelantan di TBS sebab ayah dia meninggal buat saya tersentak.

"Lagi saya sedih bila tengok reaksi muka dia yang kepenatan dan mata dia pun macam tengah tahan nangis. Boleh nampaklah dia seorang yang jujur.

"Tanpa fikir panjang saya pun minta dia follow motor saya dari belakang. Dia siap offer nak bayar saya untuk tunjuk jalan dan bayar duit minyak tapi saya tolak, saya memang ikhlas nak bantu dia," katanya.

Sebaik tiba di TBS dan sementara menunggu adiknya sampai, Aidid berkata dia sempat berborak seketika dengan pemuda tersebut.

"Saya tanyalah dia “Siang tadi tak tanya orang lain ke?". Dia kata diorang cuma tunjuk jalan gitu-gitu je. Jadi dia ikutlah apa yang orang tu cakap tapi tak jumpa-jumpa juga TBS.

Komen netizen yang memuji tindakan berani Aidid.

"Itu yang dia beritahu sampai terjumpa saya dekat lampu isyarat, rupanya dia dah jauh terlajak. Dia kata sepanjang perjalanan dari Teluk Intan siang tu, dia guna Waze tapi tak reti nak tengok location sebab tu dia sesat," katanya.

Selepas 20 minit menunggu, Aidid berkata dia berasa lega apabila adik perempuan Din akhirnya sampai.

"Bila tengok keadaan adik dia tu legalah sikit. Alhamdulillah bermula dari situ saya percaya cerita dia. Saya pun gembira sebab dia dapat juga pick up adik dia.

"Saya dapat rasakan perasaan dia masa tu. Mesti dia lega sebab dapat balik bersama dengan adik dia dan sampai di kampung mereka sebelum jenazah bapa mereka dikebumikan," katanya.

Kalau ikutkan saya nak je guide mereka sampai Teluk Intan tapi saya fikir-fikir esoknya saya kena kerja. Saya juga terkilan sebab terlupa nak minta number phone dia tapi saya harap mereka selamat sampai.

MUHAMMAD AIDID KHALIDLUDIN

Bagaimanapun Aidid terkilan kerana hanya dapat menunjukkan arah jalan balik kepada mereka menuju ke Lebuhraya Persekutuan.

"Timbul rasa kesian bila tengok mereka adik-beradik teruskan perjalanan malam tu juga. Risau pun ada sebab mereka bawa beg besar naik motosikal sambil tangan kiri pegang telefon fokus tengok Waze.

"Keadaan lampu depan motosikal dia juga kejap hidup kejap mati jadi agak berbahaya juga bila teruskan perjalanan malam-malam macam tu.

Aidid menghantar pemuda itu sehingga ke TBS.

"Kalau ikutkan saya nak je guide mereka sampai Teluk Intan tapi saya fikir-fikir esoknya saya kena kerja. Saya juga terkilan sebab terlupa nak minta number phone dia tapi saya harap mereka selamat sampai," katanya.

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya itu, Aidid yang menetap di Bangi, Selangor tidak menduga bebenangnya di Twitter mendapat perhatian ramai.

"Saya tak expect langsung jadi viral. Saya buat thread tu just nak share momen yang saya lalui dan apa pengajaran yang saya dapat dari momen tersebut. Hakikatnya saya dapat belajar dua perkara dari pengalaman ini.

"Pertama hari ini kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita balik dan pastikan tolong orang dengan ikhlas tanpa mengharap apa-apa balasan. Terima kasih pun sudah cukup memadai.

"Kedua kalau rasa diri kita ni susah, ada orang lagi susah daripada kita. Bersyukurlah apa yang kita ada hari ini. Dapat cukup makan setiap hari pun dah bersyukur even roti Gardenia enam puluh sen itu pun rezeki," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
TBS, sesat, Teluk Intan, ayah meninggal

Artikel Lain