suria

Isteri bagi lesung batu, suami balas periuk 5 tingkat! Pengantin tak malu berbalas hantaran sempoi - “Senang tak payah ada dulang bagai”

Barangan hantaran perkahwinan Syarfa dan Mohammad Syazwan menjadi tumpuan netizen.

KEBIASAANNYA kita sering melihat barangan berupa alat solek, minyak wangi, beg tangan atau jam tangan dijadikan hantaran perkahwinan.

Namun berbeza pula dengan Syarfa Abdullah dan pasangannya, Mohammad Syazwan Suhaimi yang sepakat memilih perkakas rumah seperti lesung batu, periuk nasi elektrik, periuk kukus, vakum dan ketuhar untuk diberikan kepada pasangan masing-masing.

Menurut Syarfa, idea mengenai hantaran perkahwinan itu hadir secara spontan sebelum mereka bertunang pada Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengok dia tiba-tiba jadi suka” - Nak kahwin cepat, gadis beritahu bakal suami ‘tak mahu hantaran’, sama-sama kumpul duit buat majlis

ARTIKEL BERKAITAN: Rider muslimah bikin havoc, ada kata layak terima hantaran setinggi RM49k! “Aku sanggup race untuk dapatkan hati dia”

"Idea ni datang sebelum kami bertunang lagi. Kami memang niat nak buat macam ni sebab hanya terfikir perihal rumah tersedia selepas kahwin.

"Kiranya masuk rumah nanti 'basuh kaki' saja. Idea ini pun sudah dibincangkan bersama keluarga kedua-dua pihak. Semua OK," katanya ketika dihubungi mStar.


Lesung batu antara hantaran perkahwinan pasangan ini.

Bukan sahaja unik, gadis berasal dari Kuala Krai, Kelantan ini berkata mereka hanya membelanjakan kurang RM2,000 untuk kesemua 16 barangan hantaran.

"Total semua harga barang hantaran kurang RM2,000. Murah, jimat dan berguna. Lagipun senang tak payah ada dulang bagai.

"Kami hanya beli riben dan tampal sendiri. Tak payah upah orang untuk hias. Kos riben pun murah je dalam RM1 segulung," katanya.

Ada yang tanya tak malu ke hantaran macam tu. Kami OK je. Nak malu buat apa. Benda ni memang wajib kena beli juga nanti.

SYARFA ABDULLAH

Syarfa, 21, turut menceritakan ramai terkejut melihat barang hantaran semasa majlis pernikahan mereka pada 14 September lalu.

"Semua gelak sebab terkejut tengok barang hantaran kami. Ada yang cakap rugi buat hantaran macam tu sebab tetamu datang pun akan bagi hadiah sama.

Syarfa dan pasangannya disatukan pada 14 September lalu.

"Ada yang tanya tak malu ke hantaran macam tu. Kami OK je. Nak malu buat apa. Benda ni memang wajib kena beli juga nanti.

"Kami pun jenis tak kisah pasal barang branded. Handbag... pakaian semua tu biasanya kita tukar-tukar. Tapi kalau beli barang elektrik, barang dapur... InsyaAllah kami dapat pakai sampai rosak," katanya.

Pada masa sama, Syarfa tidak menduga gambar hantaran perkahwinan mereka yang dimuatnaik di Facebook baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

"Ramai kata hantaran lesung batu paling win. Sebenarnya saya share gambar kahwin di Facebook sebab excited. Terkejut juga sebab benda ni jadi viral. 

"Tak sangka ramai komen baik-baik. Kami seronok apabila idea kami jadi inspirasi kepada bakal pengantin lain," katanya yang gembira disatukan dengan suaminya yang dikenali sejak lapan tahun lalu.

Idea hantaran perkahwinan ini hadir secara spontan atas persetujuan bersama.

Untuk hantaran sebelah lelaki, Syarfa menghadiahkan suaminya vakum, set Tupperware, periuk nasi, pengukus, set sudu, oven, frying pan, kuali dan lesung batu.

Sementara itu, suaminya membalas hantaran tersebut dengan barangan seperti pembancuh kopi, pengisar, seterika, pembakar roti, periuk tingkat (5 layer), pemanas air dan pengadun kek.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hantaran kahwin, lesung batu, Syarfa, rare

Artikel Lain