suria

“Kalau palsu, saya tak akan upload gambar senyum nampak braces” - Gadis tak sangka, ramai gigih zoom pendakap gigi ‘tak center’... komen tanpa ilmu!

Izzati tidak melayan komen-komen negatif netizen terhadap pendakap giginya.

SEPERTI sudah menjadi budaya pada masa kini apabila warganet secara langsung menjadi ‘hakim’ dalam setiap posting di laman sosial.

Tidak kira posting yang dimuat naik itu berunsurkan positif atau sebaliknya, pasti ada komen-komen yang menyakitkan hati.

Seorang gadis kelahiran Ipoh, Perak, Norizzati Norman berdepan pengalaman ini apabila dia hampir hilang sabar dengan komen-komen netizen selepas memuat naik gambar di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Status ‘pedas’ gadis ini undang perhatian Neelofa - “Kaki kutuk memang ada di mana-mana”

ARTIKEL BERKAITAN: Sampul duit raya RM5 bikin panas, mak saudara bengang... “Semalam minta maaf, peluk cium pipi rupanya tak ikhlas”

“Saya seperti pengguna sosial media lain yang suka memuat naik gambar atau status sendiri di Twitter.

“Saya juga seperti orang lain yang berkongsi cerita di media sosial, tetapi jauh sekali untuk memalukan atau mengkritik orang lain.

Izzati tidak menghiraukan komen-komen negatif terhadap dirinya.

“Saya sudah beberapa kali dikritik, lebih tepat lagi mereka menghina fizikal saya yang agak kecil seperti remaja atau budak sekolah.

“Saya tidak tahu apa yang mereka (netizen) tak berpuas hati dengan saya sehingga kadang-kadang seperti menjatuhkan maruah saya,” kongsinya kepada mStar.

Terbaharu, Izzati mengaku berasa tertekan dengan komen-komen netizen selepas memuat naik sekeping gambarnya di media sosial.

“Saya tak sangka netizen sanggup ‘zoom’ gambar semata-mata untuk melihat pendakap gigi saya palsu atau tulen.

“Macam-macam komen yang saya tengok memenuhi ‘timeline’ saya. Lebih teruk lagi ada yang sanggup berkongsi gambar saya itu di Facebook.

Mereka 'berjemaah' mengutuk saya kerana pendakap gigi tidak berada di tengah-tengah dan menuduh ianya palsu.

NORIZZATI NORMAN

PENGGUNA PENDAKAP GIGI

“Mereka 'berjemaah' mengutuk saya kerana pendakap gigi yang dipasang itu tidak terletak di tengah-tengah dan menuduh ianya palsu.

“Mula-mula saya ada juga bagi penjelasan ia bergantung kepada struktur gigi masing-masing dan tidak semuanya sama dengan orang lain.

“Sampai satu tahap saya turut tunjuk kad rawatan di sebuah klinik gigi di Meru, Ipoh. Tetapi mereka tetap menghina saya macam-macamsampai saya rasa macam tertekan.

“Saya ada berkongsi dengan mak dan ayah mengenai situasi ini dan mereka meminta saya supaya tak layan orang-orang sebegitu,” jelas anak tunggal ini berusia 22 tahun ini.

Tambah Izzati, dia memasang pendakap giginya dengan membayar sebanyak RM4,500.


Antara komen terhadap gambar yang dimuat naik Izzati minggu lalu.

“Kalau benarlah ia palsu, saya pun tidak akan suka-suka memuat naik gambar sambil senyum dan nampak braces. Itu seperti sengaja mahu dikecam.

“Tetapi apabila melihat ramai netizen yang sememangnya berperangai pelik, suka menghina dan mengutuk akhirnya saya hanya berdiam diri. Saya hanya membalas komen-komen positif yang cerdik dalam memberi pandangan.

“Pada fikiran saya, kalau terus melayan orang-orang begini, hidup kita sendiri jadi huru-hara. Biarlah mereka dengan sikap buruk dan suka memandangkan rendah orang lain.

“Mungkin saya seorang yang tidak terlalu mengambbil kisah dengan kritikan sebegini, tetapi saya simpati jika ada mangsa lain seperti saya.

“Tidak semua orang kuat mental dan ianya boleh memberi kesan negatif kepada mangsa kutukan ini. Mungkin juga boleh menjadikan mereka depresi,” ujarnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pendakap gigi, kecam, tulen, palsu

Artikel Lain