KASIHAN si isteri, demikian reaksi netizen susulan tularnya paparan skrin posting Facebook seorang lelaki. Dalam posting itu, lelaki berkenaan mempertikaikan isterinya yang meminta dia membelikan tuala wanita. Ujarnya, permintaan berkenaan disifatkan menjatuhkan air mukanya sebagai seorang suami. ARTIKEL BERKENAAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...” ARTIKEL BERKENAAN: “Pergi mampus la dia mengandung” - Jururawat dicekup khalwat dengan suami orang Selain kes tuala wanita, lelaki itu turut dikecam kerana hanya memberi RM100 sebulan untuk perbelanjaan barang dapur isterinya. "Kotex pun nak suruh suami belikan? Kau fikir tak jatuh air muka suami ke? Mak-mak zaman dulu elok je lapik kain batik. Bini macam ni memang menyusahkan je. Time tu la kau nak senggugut pening kepala bagai. Malas ke dapur. Time hidang makan menambah dua tiga pinggan. Hah sape lagi, kau la. SUAMI 'FACEBOOK' "Kita bagi duit RM100 untuk beli barang dapur sebulan, tak sampai seminggu dah habis. Susah kalau dapat bini yang tak pandai berjimat ni. Makan nak have-have je," tulisnya di Facebook. Menerusi satu lagi posting berlainan, dia turut mempertikaikan isterinya yang mengalami senggugut sewaktu pulang ke rumah mentua. Antara posting di Facebook oleh lelaki tersebut. "Time tu la kau nak senggugut pening kepala bagai. Malas ke dapur. Time hidang makan menambah dua tiga pinggan. Hah sape lagi, kau la," tulisnya. Paparan skrin posting itu kemudiannya dimuat naik ke Twitter sebelum lelaki berkenaan teruk dihentam orang ramai. Rata-rata netizen menyifatkan lelaki berkenaan sebagai suami yang tidak berguna seandainya apa yang diceritakan merupakan kisah betul. Lagi posting lelaki sama di Facebook. "Siapa jantan tak guna ni. Ceraikanlah bini dia. Kahwinkan bini dia dengan lelaki lain. "Better single dari kawin kalau dapat suami macam ni. "Kalau bini dia baca ni mesti bini dia sedih, kesiannya bini dia," tulis beberapa netizen. Antara kecaman netizen di Twitter. Dalam satu posting berlainan di Facebook, lelaki berkenaan turut mengulas kecaman orang ramai ke atasnya. Ujar lelaki itu, dia hanya mengemukakan kisah-kisah dalam rumah tangga dan perkara itu tidak perlu diambil serius. "Korang kalau baca post-post aku kat KRT (grup Facebook Kisah Rumah Tangga) tu fikir la benda tu dari sudut positif, logik akal. Janganlah lurus bendul sangat. "So tak perlu lah kau ambil serius benda tu, mungkin cara perli aku agak kasar. Tak kisahlah, yang penting deep sampai ke pundi kencing korang," tulisnya.