suria

Anak pensyarah bengang, ibu gigih buat nota, siap angkut ke kelas tapi pelajarnya sombong belaka - “Madam hantar soft copy nota kepada kami”

Aiman mengakui kesal akan sikap sesetengah pelajar yang hilang hormat pada pensyarah. (Gambar hiasan)

'MANA adab kamu? Mak aku pun manusia... bod*h, ada hati dan perasaan. Apa ingat dia tak terasa ke dengan apa yang kamu lakukan?

'Tak boleh hormat ke dekat pensyarah walaupun sedikit? Mak aku ni susah payah buat nota untuk ujian semester kamu, tapi sorang pun tak nak ambil'.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak halal ilmu pada murid, pensyarah minta pendidik jaga kata-kata - “Ada cikgu panggil pelajar ahli neraka”

Demikian luahan seorang anak di laman Twitter yang menganggap pelajar-pelajar bersikap sombong serta tidak tahu menghargai pengorbanan ibunya selaku pensyarah di sebuah universiti tempatan.

Posting yang dimuatnaik oleh Aiman tular di laman Twitter.

Dikenali sebagai Aiman, dia meluahkan rasa kesal tersebut menerusi sebuah posting yang dimuatnaik pada Ahad. Malah posting tersebut mendapat perhatian ramai dengan meraih kira-kira 4,100 ulang kicau serta 2,300 tanda suka.

Menurut Aiman, sikap sombong yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar berkenaan amat menyebalkan. Mana tidaknya, ibunya sanggup berkorban dari segi tenaga dan masa agar dapat memberikan yang terbaik buat pelajarnya namun ia sedikit pun tidak dihargai.

Malah ibunya turut memuatnaik posting di laman Facebook mengatakan, 10 kali mesej minta datang ke office untuk ambil nota. Dalam kelas rasanya lima kali ingatkan untuk ke office ambil nota. Masih krikkk krikkk... Allahu, macam tak percaya, macam ni sekali sombongnya pelajar dengan ilmu yang kita nak beri.

"Sejam balik office (angkut balik nota balik office), ada mesej masuk, 'madam hantar soft copy nota dekat kami'. Terbuntang  biji mata, hilang adab pelajar menuntut ilmu. Sombongnya awak-awak ni dengan ilmu. Mesej tak dibalas, berperang dengan kesal," luah pensyarah berkenaan yang mana postingnya itu turut dikongsi oleh Aiman.

Kata Aiman, tiada bezanya antara pelajar perempuan dan lelaki kerana kedua-duanya tidak pernah menghargai dengan apa yang dilakukan oleh ibunya.

Dia sudah tua dan sangat sensitif, tolong hormat dia. Untuk abang-abang, kakak-kakak senior dan junior tolong hormat pensyarah kamu. Aku merayu pada kamu semua. Tolong jangan sakitkan hati dia.

AIMAN

"Sama ja, semua sombong! Tak pernah nak hargai apa yang mak aku dah usahakan dekat kamu sampai mak aku terpaksa angkat semua nota tu nak bagi kat kamu semua tapi masih tak ada siapa nak ambil. Kamu ingat mak aku kuli batak kamu semua ke. Aku sedih, sumpah aku sedih!

"Pernah satu kes hari tu mak aku mengadu kata dia datang kelas nak mengajar tapi tak ada seorang pun dalam kelas dia. Mak aku lambat lima hingga 10 minit dan kamu semua tak boleh tunggu? Apa kamu ingat kamu semua anak raja ke s*al! Tau tak dia menangis sebab perangai kamu!" luahnya yang kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar berkenaan.

Jelas lelaki ini, dia sangat terkilan akan tindakan 'kurang ajar' mereka menyebabkan ibunya terasa hati selain merayu agar perkara sebegini tidak berulang lagi.

Merupakan satu-satunya wanita yang paling disayanginya di dunia ini, Aiman menyifatkan ibunya seorang yang sensitif serta mudah terkesan dengan tindakan keterlaluan seperti itu.

 Paparan skrin mesej perbualan Aiman bersama ibunya. 

"Dia sudah tua dan sangat sensitif, tolong hormat dia. Untuk abang-abang, kakak-kakak senior dan junior tolong hormat pensyarah kamu. Aku merayu pada kamu semua... tolong jangan sakitkan hati," ujarnya.

Susulan itu, Aiman turut menghantar pesanan ringkas menerusi WhatsApp bagi bertanyakan keadaan ibunya.

"Abang risau dengan ibu. Ibu okay tak?" soal Aiman yang risau akan keadaan ibunya.

"Haha ibu okay je. Student tu lah yang rugi. Lagi satu markah exam kan dah dekat tangan ibu, jangan mimpilah ibu nak tolong depa final nanti. Masa dalam kelas tu pun ibu okay je... Tak ada marah-marah," respons ibunya.

Komen-komen netizen pada posting tersebut.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar berkenaan serta menyifatkan mereka biadab.

"Eee... biadabnya. Aku tanpa nota tak boleh hidup tau walaupun kami sendiri yang kena photostat. Sanggup keluarkan duit nak photostat nota tebal-tebal. Ni pensyarah bagi free pun angkuh tak nak ambil apa bendalah punyai perangai," kata netizen menerusi ruangan komen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pensyarah, pelajar, biadap

Artikel Lain